web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rugi Puluhan Juta, BookXcess Akan Bangkit

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 12:47PM

Buku-buku yang mengalami kerosakan akibat digenangi air di gudang BookXcess di Shah Alam, terpaksa dilupuskan. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Melihat kepada segunung buku setinggi bangunan dua tingkat dikumpulkan untuk dilupuskan, ia merupakan satu pemandangan yang begitu memilukan dan meremukkan perasaan.

Meskipun sedari awal sudah bersedia dengan mimpi ngeri di gudang Big Bad Wolf dan kedai buku BookXcess @Wolf House ini, namun pastinya ia memerlukan masa untuk mencerna keadaan ini. Pemandangan ini umpama melawat tapak pelupusan sampah.

Bezanya kali ini, sisa-sisa berkenaan adalah buku teks sastera dan bukan sastera, yang pernah mempunyai nilai tinggi.

''Buku, dokumen, pada asasnya apa-apa sahaja yang rosak secara langsung akibat banjir, perlu dibawa keluar (dari gudang) dengan secepat mungkin supaya kami boleh mengurus stok yang tinggal,” kata pengasas bersama BookXcess, Andrew Yap, sambil menambah kerosakan akibatnya banjir yang melanda Lembah Klang, pada 18 Disember lalu, mencecah antara RM30 - RM40 juta.

Pekerja BookXcess membersihkan gudang buku berkenaan susulan banjir, baru-baru ini. - Gambar Sadiq Asyraf
Pekerja BookXcess membersihkan gudang buku berkenaan susulan banjir, baru-baru ini. - Gambar Sadiq Asyraf

Selain buku, turut mengalami kerosakan ialah mesin-mesin yang digunakan untuk pembungkusan/pemproses buku-buku sebelum dihantar ke cawangan masing-masing, selain potensi pembatalan acara dan kelewatan pembukaan cawangan baharu di Mitsui Shopping Park LaLaport di Bukit Bintang.

''Kira-kira 80% daripada buku-buku yang sepatutnya dihantar ke kedai dan telah siap dibungkus serta digunakan, tetapi apabila banjir berlaku, penghantarannya telah terhenti selain mengalami kemusnahan,'' kata Yap ketika ditemui di ibu pejabat dan gudang berkenaan di Shah Alam.

Banjir besar yang melanda ini umpama mimpi ngeri kepada semua yang terlibat. - Gambar Sadiq Asyraf
Banjir besar yang melanda ini umpama mimpi ngeri kepada semua yang terlibat. - Gambar Sadiq Asyraf

Beliau yang juga pengarah urusan di situ, sibuk memantau pembersihan setiap hari sejak air surut.

''Kami tidak mendapat lawatan dari luar (walaupun majlis bandaraya) untuk memeriksa kecuali pihak insurans.

''Pada minggu kedua, kami masih belum mendapat bekalan elektrik dan bergantung sepenuhnya kepada generator, yang menelan belanja antara RM12,000 hingga RM15,000 sehari.

''Sesetengah bahagian dalam gudang tidak mendapat cahaya dengan betul, dan kami terpaksa bekerja dengan segera sebaik mungkin untuk meredakan keadaan.

''Tanpa elektrik,  ia menjejaskan tahap kelembapan dalam gudang. Ia kini tiga kali ganda lebih tinggi daripada biasa,'' katanya.

Seorang pekerja BookXcess memeriksa buku-buku yang mengalami kerosakan akibat banjir. - Gambar Sadiq Asyraf
Seorang pekerja BookXcess memeriksa buku-buku yang mengalami kerosakan akibat banjir. - Gambar Sadiq Asyraf

Menurut Yap, gudang seluas 200,000 kaki persegi itu menyimpan kira-kira 10 juta buku dan kira-kira 3 juta buku mengalami kerosakan.

''Baki buku yang tidak terjejas (basah atau kotor dengan lumpur) tidak dapat diselamatkan kerana suhu yang tidak terkawal.

''Jika anda boleh lihat, beberapa buku telah berubah dan kami tidak mahu mengambil risiko menjualnya dalam kualiti seperti itu," luahnya.

Pekerja BookXcess menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pengasingan buku. - Gambar Sadiq Asyraf
Pekerja BookXcess menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pengasingan buku. - Gambar Sadiq Asyraf

Nasib baik, katanya inventori untuk pembelian dalam talian BookXcess disimpan di tingkat atas dan terselamat dari banjir.

''Ini membolehkan operasi dalam talian masih berjalan lancar. Bagaimanapun, kami masih bekerja di bawah batasan tenaga elektrik, dengan hanya menggunakan generator, seperti yang dinyatakan sebelum ini,” kata Yap.

''Pada masa ini, kita menumpukan kepada apa yang terjejas akibat banjir sebelum kita mengurus perkara lain.

''Jika proses pemulihan berjalan mengikut perancangan, saya fikir kami boleh bangkit semula secara rasmi dalam masa sebulan atau lebih, terutama apabila mesin kami beroperasi sepenuhnya,'' tambahnya ketika ditemui di gudang berkenaan.

Pada masa sama, pengarah eksekutif dan pengasas bersama BookXcess, Jacqueline Ng, yang sibuk menjawab panggilan telefon, berada di dalam salah satu bilik mesyuarat, di mana pejabat pentadbiran ditempatkan di situ.

Untuk seketika, semuanya berjalan seperti biasa. Ketika itu Ng sedang berada bersama sekumpulan kakitangannya, sebelum beliau beredar ke bilik yang lebih luas untuk ditemubual.

''Ramai orang tidak menyedari betapa besarnya operasi kami, dan ini kerana kami menjalankan perniagaan yang menukar 'bukan pembaca kepada pembaca','' kata Ng yang turut terkandas di gudang bersama beberapa kakitangan semasa banjir melanda.

“Kami berada di 13 negara berbeza, tetapi 90% daripada operasi kami adalah dalam talian. Kami, memenuhi pasaran eksport tetapi hab kami masih di Shah Alam.

''Andrew dan saya tidak cukup istimewa untuk membesar dalam keluarga yang memupuk tabiat membaca. Ini membuatkan kami memahami sepenuhnya mengapa akses kepada buku sangat penting,” kata Ng.

''Jika anda melihat pasukan kami, kami berada di sini setiap hari, berjuang untuk memastikan perniagaan berjalan lancar,'' tegasnya.

Halangan utama ialah bekalan elektrik, yang masih belum pulih sepenuhnya. - Gambar Sadiq Asyraf
Halangan utama ialah bekalan elektrik, yang masih belum pulih sepenuhnya. - Gambar Sadiq Asyraf

Dalam pada itu, Yap berkata, halangan mereka ialah apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan pihaknya tidak pasti bila bekalan elektrik di kawasan itu dapat dipulihkan sepenuhnya, dan ia boleh mengambil masa sehingga berbulan-bulan.

''Mereka menyatakan puncanya kerana beberapa pencawang meletup dan pencawang besar di kawasan berhampiran, yang membekalkan kuasa kepada kebanyakan bangunan di sini juga rosak,'' tambahnya, sambil menyatakan bahawa TNB boleh membekalkan set generator sebagai penyelesaian, namun ada kosnya.

Jelasnya, BookXcess telah berada di situ selama tujuh tahun dan mereka tidak pernah mengalami banjir seperti itu, kecuali sedikit limpahan air.

''Kami sudah banyak kali mengadu kepada pihak berkuasa tempatan dan sesuatu telah dilakukan untuk meluaskan sistem perparitan. Bagaimanapun, saya boleh katakan kerja-kerja pembinaannya agak teruk kerana serpihan kerja itu dibiarkan tanpa pembersihan yang sewajarnya selama berbulan-bulan,'' tambahnya.

Andrew Yap memantau kerja-kerja pembersihan di gudang BookXcess. - Gambar Sadiq Asyraf
Andrew Yap memantau kerja-kerja pembersihan di gudang BookXcess. - Gambar Sadiq Asyraf

Yap turut memberitahu, untuk berpindah ke gudang lain akan mengambil masa kira-kira enam bulan, maka ia bukan perancangan utama pada masa ini.

''Ini adalah rumah kami dan kami terus membayar pinjaman. Jika kami tidak mahu berada di sini, bagaimana kami hendak menyewakannya kepada orang lain, berdasarkan kepada kejadian banjir baru-baru ini,'' soalnya.

Buat masa ini, Yap dan Ng, turun padang bersama pasukan mereka, bekerja bersama-sama untuk membersihkan sisa-sisa banjir berkenaan. - The Vibes, 29 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 12 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad