web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BWI Diperlukan Untuk Baik Pulih Rumah Segera

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 8:30AM

Salah seorang penduduk di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, membersihkan kediamannya yang terjejas teruk akibat banjir, baru-baru ini. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU LANGAT - Ketika ini, kebanyakan penduduk Taman Sri Nanding di Hulu Langat yang terjejas teruk akibat banjir mengutamakan langkah membaik pulih dan membersihkan kediaman mereka secepat mungkin.

Dalam situasi sedemikian, mereka benar-benar memerlukan beberapa bantuan pasca banjir seperti Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang diumumkan oleh kerajaan.

Seorang penduduk, Shahrul Ridzuan, 38, berkata bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya kerana rumah beliau rosak teruk selepas banjir melanda kawasan perumahan tersebut minggu lepas dan orang lain juga mengalami nasib serupa.

"Saya tahu tentang bantuan BWI meskipun saya belum memohonnya kerana tidak ada masa untuk menguruskan hal lain sejak banjir berlaku.

"Buat masa ini, kami hanya bersyukur kerana terselamat dalam bencana ini walaupun kami belum menyelaras apa yang sepatutnya kami lakukan kerana semuanya terjadi dalam sekelip mata," kata beliau yang bekerja sendiri kepada Bernama di rumahnya di sini.

Seorang lagi penduduk Taman Sri Nanding, Hamzah Hamad, 65, pula berkata beliau telah menyerahkan permohonan bagi mendapatkan BWI semalam.

"Kami bernasib baik kerana beberapa barangan kami termasuk kenderaan masih boleh digunakan namun perkara sama tidak boleh dikatakan bagi pihak kebanyakan penduduk di sini. Kami sudah membersihkan rumah selama dua hari tetapi tempoh itu belum mencukupi untuk kami mengenal pasti barangan yang terpaksa dibuang dan yang masih boleh digunakan. Justeru, kami amat menghargai BWI," katanya.

Bernama melaporkan bahawa penyaluran BWI sebanyak RM1,000 kepada ketua isi rumah yang terjejas akibat bencana alam itu akan dilaksana melalui serahan tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), serahan tunai rumah ke rumah dan pemindahan tunai secara dalam talian.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM34 juta untuk diagih sebagai BWI kepada 34,000 ketua isi rumah di negeri-negeri yang terjejas banjir setakat semalam.

Beliau berkata bantuan itu sudah mula diagihkan di peringkat PKOB dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Usaha untuk mengesan mangsa yang belum berdaftar sedang giat dijalankan oleh PKOB dan ICU-JPM,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 12 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad