web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jarak Masa Terima Dos Penggalak Disingkatkan Kepada 3 Bulan - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 6:42PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jarak masa pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 bagi jenis Pfizer dan AstraZeneca (AZ) akan dipendekkan kepada tiga bulan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kumpulan kerja teknikal telah menilai bukti sedia ada dan memberikan saranan baharu mengenai pemberian dos penggalak COVID-19.

“Semua warga emas berumur 60 tahun ke atas dan semua individu dewasa yang menerima semua jenis vaksin (Pfizer, AZ dan CoronaVac) amat disyorkan untuk menerima vaksin penggalak mereka sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima vaksin primer.

“Ia meliputi penerima dengan komorbiditi, penghuni serta petugas di pusat jagaan kesihatan jangka panjang dan individu dewasa berumur 18 tahun ke atas yang telah melengkapkan vaksin kedua sekurang-kurangnya tiga bulan, mengikut turutan umur bermula 50 tahun ke atas, 40 tahun ke atas, dan seterusnya 18 tahun ke atas,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menurut beliau, hasil dapatan kajian klinikal dan kajian Real World termasuk The Real-World Evaluation of COVID-19 Vaccines Under the Malaysia National COVID-19 Immunisation Programme (RECoVaM) yang dijalankan di Malaysia menunjukkan tahap keberkesanan vaksin terhadap jangkitan COVID-19 adalah berkurangan dengan masa.

Katanya, data terkini menunjukkan varian Omicron boleh menyebabkan peningkatan penularan jangkitan dan kebolehupayaan pengikatan virus serta kelolosan antibodi yang lebih tinggi daripada imuniti yang disebabkan oleh vaksin atau jangkitan semula jadi.

“Selain itu, bukti kukuh yang telah terkumpul sejak tiga minggu lalu menunjukkan bahawa vaksin penggalak COVID-19 berkemungkinan meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan varian Omicron.

“Hasil kajian awal melibatkan 21 juta pemberian dos penggalak yang dijalankan di United Kingdom telah menunjukkan data keselamatan yang amat meyakinkan,” katanya.

Beliau, keputusan menyingkatkan sela masa itu adalah sama seperti yang dilakukan oleh badan regulatori di United Kingdom, Kanada dan Australia.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan, dos penggalak Pfizer akan diberikan sekurang-kurangnya selepas tiga bulan penerimaan dos kedua vaksin Sinovac.

Sementara itu, Khairy berkata, KKM akan mengutamakan penggunaan vaksin jenis Pfizer atau AZ untuk program dos penggalak di negara ini.

“Berdasarkan data yang diterima dari Sarawak, penggunaan vaksin jenis campuran antara Sinovac dan Pfizer sangat berkesan dan selamat.

“Kita akan mengutamakan vaksin Pfizer atau AZ untuk program dos penggalak kita manakala Sinovac akan diberikan kepada mereka yang ada kontra indikasi sahaja,” katanya. - Getaran, 28 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad