web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kilang Petis Udang Kotor, Busuk, Diarah Tutup

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 5:35PM

Kotoran yang tidak dibersihkan ditemui ketika JKNPP melakukan pemeriksaan di sebuah kilang memproses petis udang di Kampung Pantai Acheh hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALIK PULAU - Sebuah kilang memproses petis udang di Kampung Pantai Acheh, di sini, diarah tutup kerana beroperasi dalam keadaan kotor dan berbau busuk, serta tidak mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam Ops Bersih hari ini, pemeriksaan pasukan kesihatan mendapati kilang yang beroperasi sejak lebih 50 tahun itu, turut menyimpan stok petis udang lama yang telah dipenuhi ulat renga di stor yang sama dengan produk baharu di situ.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP) Mohd Wazir Khalid berkata pihaknya juga mendapati pemilik kilang itu telah menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedangkan syarikat tersebut tidak pernah memohon sijil berkenaan.

“Bau busuk dan meloyakan di stor penyimpanan petis udang kilang tersebut telah membongkar penemuan ulat renga di dalam tong penyimpanan petis udang di situ, malah ada antara produk berkenaan yang tarikh luputnya adalah pada 2024, namun pemeriksaan mendapati produk itu telah rosak serta berbau busuk, namun masih disimpan untuk dijual kepada pembekal mereka,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya mengarahkan logo halal JAKIM itu ditanggalkan serta-merta serta premis yang mengeluarkan  petis udang dipercayai untuk edaran ke seluruh negeri dengan menggunakan label pelbagai syarikat lain, ditutup selama 14 hari bagi tujuan pembersihan.

“Susulan serbuan itu, kami mengeluarkan dua notis kompaun berjumlah RM5,000 dan premis itu juga dikenakan arahan penutupan selama 14 hari di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 untuk pemilik menjalankan kerja-kerja pembersihan,” katanya.

Mohd Wazir berkata kilang itu pernah diserbu pada 2019 kerana kesalahan yang sama dan diarahkan tutup serta dibersihkan, namun pemeriksaan kali ini mendapati keadaan kilang itu adalah lebih teruk berbanding sebelum ini.

Sementara itu, dalam serbuan kedua beliau berkata sebuah kilang pembuatan kicap di Jalan Batu Maung, di sini, turut diarahkan tutup selama 14 hari kerana beroperasi dalam keadaan yang tidak mematuhi standard kebersihan dan keselamatan yang ditetapkan KKM.

“Kilang itu dikenakan dua kompaun berjumlah RM5,000 dan pemilik diarahkan menjalankan pembersihan serta kawalan serangga perosak dengan syarikat yang bertauliah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pernah Diarah Tutup 2 Kali, Restoran Mamak Kotor 'Kantoi' Lagi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perumahan Berdaya Huni Atasi Tekanan Mental Anak-Anak PPR

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 11 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad