web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Perlu Tamatkan ‘Konspirasi Senyap’ Azam Baki - Kit Siang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 4:45PM

Kit Siang menggesa perdana menteri untuk mengambil tindakan susulan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu peletakan jawatan Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Profesor Dr Edmund Terence Gomez terus mendapat perhatian ramai.

Terbaru, veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil tindakan susulan terhadap dakwaan dibangkitkan ahli akademik itu.

Edmund yang juga ahli akademik meletak jawatan selepas panel tersebut didakwa gagal membincangkan laporkan kritikal membabitkan pegawai tinggi SPRM.

Antara lain ia membabitkan dakwaan pemilikan kira-kira dua juta unit saham oleh Ketua Pesuruhjaya SRPM, Tan Sri Azam Baki di sebuah syarikat senaraian awam.

“Perdana Menteri mesti bertindak atas peletakan jawatan mengejut Gomez daripada panel SPRM dan menamatkan ‘konspirasi senyap’ selama dua bulan mengenai dakwaan Ketua SPRM memiliki hampir dua juta saham dalam syarikat senarai awam.

“Ini adalah satu keperluan yang mendesak dan penting, kerana rakyat Malaysia sedang menunggu dalam resah untuk Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2021 yang akan dikeluarkan bulan depan,” katanya hari ini.

Jelas beliau, Malaysia dijangka berada di kedudukan dan mendapat markah yang buruk dalam indeks berkenaan, sekali gus mencerminkan usaha anti-rasuah yang semakin mengecewakan di Malaysia sejak tahun lalu.

Susulan itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri turut menggesa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai rasuah dan penyalahgunaan/pembaziran dana awam melakukan siasatan berhubung dakwaan terhadap Azam.

“Konsep ‘Keluarga Malaysia’ tidak boleh berdasarkan Malaysia yang dianggap semakin korup di peringkat nasional dan antarabangsa, sekali gus bertentangan dengan prinsip pembinaan negara Rukun Negara iaitu ‘kesopanan dan kesusilaan’.

“Laporan Integriti Kewangan Global juga mendedahkan, Malaysia mengalami kerugian besar sebanyak RM1.8 trilion antara 2005 dan 2014 serta kedudukan dan markah yang lemah untuk Malaysia dalam laporan TI CPI,” katanya.

Kit Siang berkata, sudah tiba masanya rakyat Malaysia menuntut ketelusan dan akauntabiliti yang lebih tinggi mengenai perkara itu.

“Ini termasuk pelantikan penasihat yang berlebihan untuk Perdana Menteri sedangkan beliau mempunyai menteri Kabinet yang menjaga bidang tugas masing-masing.

“Ia juga mencakupi pelantikan duta yang tidak diperlukan dan pelantikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya. - Getaran, 28 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad