web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


USIM Prihatin Nasib Mahasiswa Terjejas Banjir, Ganti Komputer Riba

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 4:54PM

Muhammad Hakimi (kanan) bersyukur menerima sebuah komputer riba baharu daripada wakil USIM di kediamannya di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Semasa air semakin naik, banyak barangan tidak sempat diselamatkan dan dibawa arus, termasuklah komputer riba yang saya gunakan untuk belajar selama ini,” kata Muhammad Hakimi Alif Rahman, pilu.

Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berusia 21 tahun itu adalah antara ribuan mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor, selepas kediamannya yang terletak di Taman Sri Nanding dimasuki air.

“Bukan setakat komputer riba, banjir ini turut memusnahkan menyebabkan pelbagai barangan dan keperluan pembelajaran saya.

“Melihat pelbagai peralatan di dalam rumah rosak teruk memang menyedihkan kami sekeluarga,” katanya.

Susulan musibah menimpa Muhammad Hakimi itu, dia menerima bantuan daripada pengurusan USIM apabila dihadiahkan komputer riba baharu.

Anak muda tersebut adalah antara lima kumpulan mahasiswa USIM terawal memperoleh sumbangan gajet berkenaan bagi menggantikan komputer riba mereka yang hilang dan rosak akibat banjir.

Sumbangan terbabit diserahkan wakil Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM, baru-baru ini di kediaman masing-masing di Kuantan, Pahang serta Selangor.

“Alhamdulillah, USIM sentiasa prihatin dengan kebajikan mahasiswanya dan hari ini saya terima komputer riba baharu sebagai ganti,” kata Muhammad Hakimi.

Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni) USIM, Profesor Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailan, berkata universiti itu mengambil langkah proaktif berkenaan kerana cakna dengan situasi banjir luar biasa, yang merosakkan serta memusnahkan komputer riba digunakan mahasiswa dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP).

“Sebagai permulaan, pengurusan universiti sudah meluluskan perolehan sebanyak 22 buah komputer riba melalui Pusat Wakaf dan Zakat USIM untuk diagihkan segera kepada pelajar terkesan.

“Penggantian segera komputer riba kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda berkenaan adalah bagi memastikan PdP mereka tidak terjejas, memandangkan proses ini masih dilaksanakan secara dalam talian akibat penularan pandemik COVID-19,” katanya kepada Getaran.

Mohd Rushdan berkata, sehingga 24 Disember 2021, seramai 119 mahasiswa USIM direkodkan terkesan banjir dan universiti bersedia mempertimbangkan sumbangan tambahan komputer riba sekiranya terdapat keperluan.

“Selain itu, USIM turut menyelaraskan bentuk bantuan lain kepada pelajar terjejas banjir, antaranya pembersihan kediaman, makanan kering, wang tunai dan psikologi.

“Pihak universiti ini juga menyediakan penginapan sementara di kolej kediaman dan rumah tamu universiti kepada mereka,” katanya. – Getaran, 27 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad