web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 33,000 Orang Masih Di PPS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 8:01AM

Sebahagian mangsa banjir yang mendaftar masuk ke PPS menjalani ujian saringan COVID-19 yang dilakukan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di PPS SK Tok Deh dekat Rantau Panjang, Kelantan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 33,193 orang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri, malam tadi.

Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka ditempatkan di 206 PPS di Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Melaka.

Di SELANGOR, 15,354 mangsa ditempatkan di 81 PPS malam tadi berbanding 15,404 mangsa di 83 PPS petang semalam.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan sehingga 5 petang semalam pihaknya telah melakukan 67 operasi pembersihan, 17 operasi sanitasi dan 331 kerja pemantauan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad bersama sukarelawan juga turun padang membantu membersihkan rumah terjejas banjir di Kampung Labohan Dagang, Banting.

Abd Latiff berterima kasih kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan yang datang menyumbang tenaga dan peralatan untuk pemulihan banjir.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir malam tadi tidak banyak berubah dengan 17,211 orang masih berada di 119 PPS di enam daerah.

Daerah yang masih terjejas ialah Bentong, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan dan Pekan. 

Di NEGERI SEMBILAN, 132 orang daripada 38 keluarga masih berada di tiga PPS di Jelebu setakat malam tadi, menurut Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir kekal 470 orang daripada 153 keluarga yang ditempatkan di dua PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh dan SK Gual Periok di jajahan Pasir Mas, setakat 9 malam ini.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan Sungai Golok dan Sungai Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas berada pada paras waspada.

Di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata jumlah mangsa banjir di Jasin kekal 26 orang daripada lapan keluarga yang ditempatkan di PPS SK Penghulu Benteng. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad