web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bah Kuning Jadi Ingatan, Sukarelawan Kuala Krai Laksana Misi Balas Budi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 9:14AM

Sukarelawan daripada pelbagai NGO di Kelantan, turun ke Lembah Klang bagi membantu penduduk yang terlibat dengan banjir.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tragedi Bah Kuning yang menimpa penduduk di Kuala Krai, Kelantan pada Disember 2014, seakan berulang kembali, apabila sebahagian besar Lembah Klang, khususnya Selangor bermandi lumpur, apabila dilanda banjir bermula 18 Disember lalu.

Bukan sekadar meragut puluhan nyawa, bencana itu turut menjejaskan ribuan penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Biar jasa jadi kenangan, penduduk Kuala Krai yang pernah berdepan bencana banjir luar biasa itu terpanggil untuk membantu mereka yang terkesan.

Menurut Pengasas Barracuda Adventure Team, Mohd Fadir Hazmi, 42, misi bantuan ke Selangor digerakkan sebagai membalas budi pihak yang banyak membantu mangsa banjir di daerah Kuala Krai, Kelantan, sekitar tujuh tahun lalu.

“Apabila kami melihat apa yang berlaku di Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur, tragedi yang menimpa mereka seakan-akan sama dengan apa yang kami lalui pada 2014.

“Ketika itu, penduduk di sana banyak bantu kami. Disebabkan itu kami terpanggil untuk balas jasa mereka. Inilah semangat Malaysia,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Mohd Fadir berkata, inisiatif yang dikenali sebagai Misi Bantuan Selangor-Kuala Krai Balas Budi 2014 itu disertai 250 sukarelawan dengan diperkuat 103 pacuan empat roda (4x4), 11 buah lori dan 23 kenderaan awam.

“Kami bertolak dari Kuala Krai jam 5 petang, 23 Disember dan kami selamat tiba di Hulu Langat jam tiga pagi keesokannya. Satu lagi pasukan terus bergerak ke Shah Alam. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

“Misi bantuan sudah digerakkan dan semalam, kami membantu penduduk di sekitar Dusun Tua, Hulu Langat menjalankan kerja-kerja pembersihan pasca banjir,” katanya.

Barracuda Adventure Team membantu membersihkan rumah penduduk yang terlibat dengan banjir.
Barracuda Adventure Team membantu membersihkan rumah penduduk yang terlibat dengan banjir.

Sebaik memasuki kawasan terjejas dekat Hulu Langat, Mohd Fadir berkata perasaannya ketika itu bercampur baur.

“Perasaan membuak-buak nak membantu tapi pada masa sama sebak dan terharu. Susah nak jelaskan, perasaan bercampur baur.

“Saya dapat lihat sendiri rumah dan kereta penduduk rosak teruk. Ada (kereta) tercampak dalam sungai, (kereta) yang bertindih pun masih ada lagi,” katanya.

Selain menghulurkan bantuan makanan dan keperluan asas, mereka turut membawa bersama hampir 20 waterjet untuk kerja-kerja membersihkan lumpur.

“Kita boleh nampak lumpur di dalam rumah mangsa, memang tebal. Adalah setebal dua kaki, sama seperti yang berlaku di Kuala Krai pada 2014.

“Selain itu kita beri bantuan keperluan asas sebagai persediaan untuk mereka mulakan kehidupan. Ada juga tikar, tilam, selimut dan juga barang makanan kering hasil sumbangan orang ramai,” katanya.

Sebahagian sukarelawan dari pelbagai NGO di Kuala Krai, Kelantan terlibat dalam misi membantu mangsa banjir di Selangor.
Sebahagian sukarelawan dari pelbagai NGO di Kuala Krai, Kelantan terlibat dalam misi membantu mangsa banjir di Selangor.

Mengimbau kembali tragedi Bah Kuning pada 2014, beliau berkata kediaman dan beberapa kenderaan miliknya turut rosak akibat dimasuki air dan lumpur.

“Saya dapat rasakan kesedihan penduduk di sini. Saya pernah merasainya. Selain tiga buah rumah, tujuh kereta saya turut ditenggelami air bah.

“Walaupun saya dan rakan juga antara mangsa terjejas ketika itu, kami masih berusaha membantu orang lain yang turut terkesan,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Fadir turut berkongsi kisah sedih menimpa kediaman ibunya di Kampung Gajah Mati dekat Mentakab, Pahang yang turut ditenggelami banjir.

Lebih menyedihkan katanya, dia tidak boleh memasuki kawasan tersebut untuk membantu ibunya sendiri kerana paras air masih lagi tinggi.

“Rumah mak saya sendiri pun tenggelam. Memang sedih sebab saya sendiri tak boleh masuk ke kawasan kampung untuk bantu dia. Air belum surut dan polis tak bagi masuk sebab bahaya.

“Buat masa ini, ibu saya masih menumpang di rumah jiran. Mak beritahu kawasan kampung hanya tinggal dua peratus sahaja daratan. InsyaAllah kami akan bergerak ke sana untuk membantu kerja-kerja pembersihan jika banjir mulai surut,” katanya.

Selain Barracuda Adventure Team, misi bantuan itu turut disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), antaranya Task Force Kuala Krai, Lacar Groups dan Kuala Krai MX yang mengumpul kesemua barangan bantuan hasil sumbangan penduduk sekitar. - Getaran, 26 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar