web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: JKM Nafi Tak Peduli Mangsa Orang Asli

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 8:45AM

Rina Harun menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Banting, Selangor, pada 22 Disember lepas. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyangkal dakwaan sebuah portal bahawa kerajaan tidak mempedulikan mangsa banjir Kampung Orang Asli Bukit Tadom, di Banting, Selangor.

JKM dalam kenyataan semalam memaklumkan penempatan dan pengurusan mangsa banjir kampung itu pada awalnya diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tadom.

“Bagaimanapun selepas PPS itu dinaiki air, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) menasihatkan dan meminta mangsa berpindah ke PPS SK Labohan Dagang untuk keselamatan.

“PKOB akur dengan keputusan penduduk Orang Asli untuk tidak berpindah ke PPS yang disediakan, sebaliknya meminta kekal berada di sekitar kampung. Susulan itu, Tadom Hill Resorts telah menyediakan khemah untuk penempatan sementara mereka,” menurut kenyataan itu.

JKM memaklumkan, JKM Kuala Langat menguruskan pendaftaran mangsa dan menyalurkan segala keperluan asas dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai.

JKM Kuala Langat turut mengagihkan bantuan bekalan makanan dan barangan keperluan asas termasuk toto, kain batik, kain pelikat dan air mineral seperti yang diberikan di PPS lain.

“Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun telah meluangkan masa di PPS tersebut dan menyerahkan bantuan kepada mangsa pada 22 Disember lepas manakala Timbalan Ketua Pengarah JKM Rosmahwati Ishak turut menyampaikan sumbangan kepada Tok Batin Hadi untuk diagihkan pada keesokannya,” menurut kenyataan itu.

Menurut JKM, pihaknya sentiasa memahami keperluan Keluarga Malaysia termasuk Orang Asli dan tidak pernah memilih kasih dalam berdepan situasi getir seperti banjir selain sentiasa bekerjasama dengan JAKOA untuk menangani permasalahan Orang Asli. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad