Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


LUAS Pasang 6 Pam Di 3 Lokasi Banjir Termenung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 12:58PM

LUAS memasang 6 pam bagi mempercepatkan pengaliran air ke sungai di 3 lokasi banjir di Kuala Selangor.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memasang enam pam bagi mempercepatkan pengaliran air ke sungai di tiga lokasi banjir di Kuala Selangor.

Jurucakap LUAS memaklumkan, pemasangan paip itu dilakukan di Jalan Surau Parit Mahang, jambatan besi Jalan Abdul Aziz dan Kampung Lubok Jaya yang mengalami masalah banjir termenung ketika ini.

“Anggota LUAS bersama dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor membantu dengan meletakkan dan memasang pam tersebut.

“Operasi pemasangan pam ini telah bermula sejak Rabu lalu,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Katanya lagi, bantuan kecil itu diharap dapat membantu membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda.

Pemasangan paip itu dilakukan di Jalan Surau Parit Mahang, jambatan besi Jalan Abdul Aziz dan Kampung Lubok Jaya yang mengalami masalah banjir termenung ketika ini.
Pemasangan paip itu dilakukan di Jalan Surau Parit Mahang, jambatan besi Jalan Abdul Aziz dan Kampung Lubok Jaya yang mengalami masalah banjir termenung ketika ini.

Di Selangor, Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir pada awal pagi ini meningkat kepada 18,484 orang di 99 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu berbanding 17,656 orang, semalam.

Dalam pada itu, setakat jam 4 pagi tadi, polis Selangor memaklumkan sembilan jalan dinaiki air dan ditutup untuk laluan kenderaan di negeri berkenaan.

Jurucakap Polis Selangor berkata, dua laluan di bawah kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya iaitu satu jambatan dan satu jalan ditutup kerana rosak akibat banjir.

"Ia membabitkan jambatan menghala ke Lapang Sasar, Subang dan Jalan PJU 7, hadapan MRT, Mutiara Damansara," katanya, hari ini.

Katanya lagi, enam laluan di bawah pentadbiran enam IPD lain turut ditutup, antaranya Jalan Olak Lempit ke KLIA (IPD Kuala Langat), Jambatan FT 31 Dengkil-Banting (IPD Sepang) dan Jalan Sungai (Sg) Panjang-Tanjung Malim (IPD Sabak Bernam).

"Selain itu, Jalan Kuala Selangor–Bestari Jaya di bawah IPD Kuala Selangor, Jalan BRP 7/2 Bukit Rahman Putra (IPD Sg Buloh) dan Jalan Genting Peras–Kuala Klawang (IPD Kajang).

"Sementara itu, Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser menghala ke Peretak di bawah IPD Hulu Selangor dibuka untuk kenderaan ringan sahaja," katanya. - Getaran, 25 Disember 2021

Sorotan

1

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

2

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

3

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

4

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

5

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

6

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

Disyorkan untuk anda

Sukan 21 jam yang lalu

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Kes Tembak Di Pasir Mas

Semasa 21 jam yang lalu

Hadiri Perkampungan Sunnah: PM Berjiwa Besar - Penyelidik

Semasa 17 jam yang lalu

Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia, Majlis Ulama Asia Pada 7, 8 Mei