web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: 46,524 Mangsa Masih Ditempatkan Di PPS Seluruh Negara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 8:09AM

Keadaan di PPS Pulau Indah, Selangor, yang dirakamkan pada Sabtu lepas. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka, Perak, Pahang dan Selangor menunjukkan penurunan manakala  jumlah mangsa di Kelantan kekal, malam tadi. 

Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di 306 PPS di Pahang, Kelantan, Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur setakat malam tadi adalah seramai 46,524 orang.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir menurun kepada 37 mangsa daripada 13 keluarga setakat 8 malam tadi berbanding 77 mangsa daripada 21 keluarga petang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata kesemua mangsa berkenaan masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Daerah Alor Gajah dan Jasin.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak lapan mangsa daripada empat keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China di Alor Gajah dan baki 29 mangsa daripada sembilan keluarga pula masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu Benteng, di Daerah Jasin.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir di negeri itu mencatatkan penurunan lagi malam ini kepada 105 mangsa daripada 28 keluarga berbanding 111 orang daripada 30 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di Daerah Hilir Perak.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata dua keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Bandaran Teluk Intan telah pulang ke kediaman mereka di Batu 7 ½ Lorong Mesra, Changkat Jong.

Katanya seramai 61 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Bandaran Teluk Intan manakala 44 mangsa daripada 10 keluarga  berada di PPS Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib.

Di PAHANG, menurut Info Bencana JKM merekodkan penurunan bilangan mangsa banjir malam ini apabila 26,494 orang ditempatkan di 193 PPS daripada 29,611 orang di 212 PPS petang tadi. 

Jumlah daerah yang dilanda banjir kekal sembilan iaitu Kuantan, Maran, Jerantut, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Pekan. 

Menurut laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my pula, Sungai Bera masih berada di paras bahaya dengan trend menaik, turut berada di paras bahaya ialah Sungai Kundang dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran. 

Di SELANGOR, Info Bencana JKM  memaklumkan jumlah mangsa banjir pada malam tadi menurun kepada 17,656 orang di 99 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu daripada 17,891 orang petang semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi Facebook rasminya memaklumkan dua buah Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) melibatkan Daerah Petaling dan Kuala Langat terpaksa ditutup sementara hari ini berikutan kejadian banjir melibatkan Klinik Kesihatan (KK) Seksyen 19, Shah Alam di Daerah Petaling yang akan dipindahkan sementara perkhidmatannya di KK Taman Medan, Petaling Jaya.

Manakala bagi Daerah Kuala Langat pula, CAC di Klinik Kesihatan Jenjarom dipindahkan perkhidmatannya  ke Klinik Kesihatan Telok Datok, Banting.

Sementara itu Jumlah mangsa banjir di KELANTAN masih kekal seramai 974 orang daripada 332 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang kesemuanya dibuka di Jajahan Pasir Mas, setakat 10 malam tadi.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya dengan dua sungai sahaja berada pada paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Sungai Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar