web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hukum Ucapan ‘Merry Christmas’, Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 8:16PM

Dua pengunjung bergambar di pokok krismas yang dijual ketika tinjauan sempena persiapan sambutan Hari Natal di AEON Kinta City pada 20 Disember. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian yang diraikan pada 25 Disember setiap tahun.

Memandangkan perayaan itu akan diraikan beberapa jam sahaja lagi, ramai di antara kita mengambil peluang mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang meraikannya.

Namun kita seringkali dikelirukan dengan pandangan pihak tertentu yang menyifatkan perbuatan mengucapkan ‘Merry Christmas’ sebagai haram bagi umat Islam.

Susulan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tampil menjelaskan kekeliruan tersebut.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah, ucapan tersebut adalah diharuskan atas dasar mujamalah dan pergaulan baik sesama manusia.

Begitu pun jika tiada keperluan seperti yang disebutkan, beliau berkata hukumnya cenderung kepada makruh.

“Sekiranya tidak ada keperluan maka hukumnya makruh. Ucapan hanya sebagai tanda menjaga hubungan baik sesama manusia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata umat Islam tetap perlu mematuhi beberapa syarat seperti melafazkan ucapan tanpa niat untuk mengagungkan dan memuliakan agama lain.

Katanya lagi, umat Islam boleh menerima atau memberi hadiah dengan niat itu bukanlah sempena meraikan perayaan tersebut.

“Menyertai majlis sambutan pula hanya pada kadar yang diperlukan seperti jamuan makan atau bergambar,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, umat Islam juga dilarang memakai pakaian tertentu yang lazim dipakai semasa sambutan Krismas. - Getaran, 24 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Percikan Bunga Api Iringi Sambutan Krismas Di Melaka

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan Setakat 10 Malam

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Wanita Berusia 100 Tahun Kongsi Kemeriahan Sambutan Krismas

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Lancar

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad