web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: 4 Kes Baharu Varian Omicron Dikesan Di Sarawak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 4:00PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sebanyak empat kes  B.1.1.1.529 atau varian Omicron telah dikesan di Sarawak, kata Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (ICHM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof David Perera.

Beliau berkata dua daripada kes dilaporkan dari Bintulu membabitkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang pulang dari Nigeria dan menjalani ujian swap pada 19 Disember, dan  lelaki berusia 19 tahun yang pulang dari United Kingdom yang telah melakukan ujian swab pada 14 Disember.

“Dua lagi kes dikesan di Kuching. Satu kes melibatkan seorang wanita berusia 25 tahun yang pulang dari United Kingdom.

“Beliau melakukan ujian swab pada 22 Disember manakala kes lain ialah seorang wanita yang tidak mempunyai sejarah perjalanan, berkemungkinan kes penularan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Parera yang merupakan ahli Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) berkata memandangkan kes varian Omicron kes tempatan ini berkemungkinan mudah merebak dalam komuniti, maka orang ramai digesa supaya berhati-hati semasa meraikan sambutan Krismas, cuti Tahun Baharu dan hujung tahun.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar segera mendapatkan suntikan dos penggalak jika mereka belum berbuat demikian kerana kajian telah menunjukkan bahawa suntikan dos itu perlu untuk meningkatkan tahap antibodi secara neutral bagi melindungi diri daripada jangkitan Omicron.

“SOP (prosedur operasi standard) kesihatan awam perlu dipatuhi dengan ketat dan jika boleh elakkan berhimpun bagi mencegah penularan lebih teruk,” katanya.

Pada 18 Disember, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata dua kes COVID-19 varian Omicron direkodkan di Sarawak pada 17 Disember, masing-masing melibatkan pengembara dari United Kingdom dan Amerika Syarikat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad