web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Do Not Donate To Government’ Sohor Kini Di Twitter, Rina Terkilan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 12:10PM

Seorang meredah air banjir untuk mendapatkan bantuan di Taman Sri Muda. - Gambar hiasan oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik rayuan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun supaya kempen ‘Do Not Donate Here’ dihentikan, kini ‘Do Not Donate To Government’ pula trending di laman sosial Twitter.

Kempen ‘Do Not Donate Here’ mula digerakkan sejak dua hari lalu itu dipercayai mensasarkan tabung bantuan banjir yang ditubuhkan kerajaan sama ada di peringkat persekutuan mahu pun negeri.

Bagaimanapun, tinjauan Getaran di Twitter mendapati, kempen tersebut bukanlah berniat untuk mengajak orang ramai supaya tidak menyumbang kepada mangsa banjir yang sangat memerlukan bantuan ketika ini.

Sebaliknya, kempen itu digerakkan supaya orang ramai menggunakan alternatif lain untuk menyumbang sebagai contoh dengan menyalurkan sumbangan mereka kepada badan bukan kerajaan (NGO).

Rata-rata pengguna Twitter berpendapat bahawa, dengan menyalurkan sumbangan berbentuk wang kepada NGO lebih telus dan berkesan dalam membantu mangsa banjir.

Berdasarkan tinjauan Getaran di media sosial juga mendapati, pengguna Twitter yang menggerakkan kempen berkenaan adalah sebagai reaksi balas kepada majlis pelancaran ‘Sumbangan Banjir Keluarga Malaysia’ yang dianggap tidak masuk akal.

Bagaimanapun, tindakan Rina yang mengeluarkan kenyataan memohon orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan kempen tersebut menyebabkan pengguna Twitter memulakan tanda pagar baharu iaitu ‘Do Not Donate To Government’.

Seorang pengguna Twitter, @AzyanDraws menciap, jangan sumbang di sini tetapi sumbang kepada NGO dan pasukan yang benar-benar buat kerja, sambil mengepil laporan berita mengenai Rina.

Seorang lagi pengguna Twitter, @AK_arvinkumar dalam nada sinis berkata, jika tiada sumbangan awam bagaimana kerajaan mahu adakan majlis besar-besaran.

“Terima kasih Rina untuk mempromosikan kempen ‘Do Not Donate Here’. Jadi, kawan-kawan sekalian ‘Do Not Donate To Government’,” ciapnya.

Setakat ini, kempen ‘Do Not Donate To Government’ sudah mencapai 27,400 ciapan di Twitter. - Getaran, 24 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad