web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hilang Insan, Harta Kesayangan, Mangsa Banjir Alami Kesan Psikologi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 8:53AM

Dr Shazli Ezzat Ghazali (dua kanan) menyifatkan mangsa banjir yang berdepan kehilangan dan kerosakan teruk harta benda akan mengalaminkesan psikologi sangat teruk.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mangsa banjir yang berdepan kehilangan orang tersayang dan harta benda, seperti rumah, kereta, barangan kemas serta benda bernilai akibat bencana itu boleh mengalami kesan psikologi yang sangat teruk.

Pakar Kesihatan Psikologi, Dr Shazli Ezzat Ghazali berkata, individu yang kematian haiwan peliharaan kesayangan juga berisiko berdepan masalah kesejahteraan mental.

Katanya, keadaan itu disebabkan orang, barangan dan haiwan tersebut sudah memberikan ‘kenangan indah’ dalam masa lama kepada mereka, tetapi hilang sekelip mata akibat banjir.

“Mereka akan mengalami tekanan kerana dalam waktu sukar akibat banjir teruk, mereka berdepan pula kehilangan nyawa orang tersayang, barangan bernilai dan binatang peliharaan.

“Mereka sudah mempunyai pautan bersama semua itu, jadi sukar untuk menerima kehilangannya secara tiba-tiba,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Dr Shazli Ezzat berkata, usaha awal amat penting untuk mengurangkan perasaan sukar dialami itu adalah membantu mereka secara sukarela, demi memastikan kesejahteraan psikologi golongan tersebut lebih terjamin.

Masyarakat, jelasnya, perlu berganding bahu untuk memenuhi keperluan asas mangsa, seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan pakaian bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan dalam keadaan lebih selamat.

Walaupun usaha dijalankan sukarelawan dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat untuk menyelamatkan mangsa ketika ini sememangnya cukup baik, tegasnya, inisiatif terbabit perlu terus dipergiatkan.

“Sekarang ini apa paling penting untuk masyarakat setempat dan luar adalah untuk bersama-sama membantu di kawasan bencana dalam konteks sukarelawan, selamatkan mangsa.

“Misi dibuat sukarelawan banjir ketika ini betul, tetapi masih belum mencukupi kerana ada juga tempat yang terputus hubungan, jadi kena masuk selamatkan mangsa di kawasan itu dan beri keperluan asas demi kesejahteraan psikologi mereka,” katanya.

Ditanya adakah mangsa terjejas psikologi itu perlu diberikan bantuan psikologi, Dr Shazli Ezzat berkata, perkara berkenaan sememangnya wajar selepas segala keperluan asas dipenuhi.

Jelasnya, dalam fasa awal dilalui mangsa ketika ini, bantuan psikologi kurang sesuai diberikan.

“Kesan banjir menyaksikan keadaan kacau bilau, kucar kacir, tidak keruan, emosi tidak stabil, pemikiran kusut dan kerisauan mengenai masa depan masing-masing, kurang sesuai sekiranya bantuan psikologi diberikan.

“Apa lebih dibimbangkan mangsa buat masa ini adalah bagaimana mereka boleh meneruskan urusan kehidupan dalam keadaan kehilangan dan kerosakan harta benda, khususnya dokumen serta sijil penting,” katanya.

Namun, jelasnya, selepas fasa keperluan asas dipenuhi, bantuan psikologi perlu diberikan kepada mangsa terjejas untuk mereka bangkit meneruskan kehidupan.

Dr Shazli Ezzat
Dr Shazli Ezzat

Dr Shazli Ezzat berkata, menerusi pengalamannya sebagai pakar bidang tersebut, ada mangsa mampu redha dengan ketentuan dialami, manakala segelintirnya sulit menerima keadaan terbabit.

“Apabila bantuan psikologi diberikan nanti, kita akan tahu ada yang berjaya bertindak dengan baik atau tidak boleh berdaya tindak dengan baik.

“Kalau boleh berdaya tindak dengan baik, dalam masa seminggu atau dua minggu, dia (mangsa) sudah boleh mula jadi rasional dengan menganggap musibah ini sebagai ketentuan dan dia boleh menerima,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang tidak boleh berdaya tindak dengan baik akan mengalami sifat menafikan, contohnya “kenapa aku yang kena bencana ini atau kenapa kita di tempat ini”, malah akan membuat penawaran seperti “kalau lah aku ada di luar atau kalau aku pindah tempat lain”.

Pada masa sama, katanya, mereka mempunyai perasaan marah terhadap diri sendiri dan orang berhampiran, selain menuding jari kepada sesuatu pihak di atas situasi, kerosakan serta kehilangan dialami.

Menurut Dr Shazli Ezzat, apa paling dibimbangi dan harus dielakkan adalah sekiranya mangsa itu berdepan peringkat kemurungan, sehingga hilang keseronokan hidup serta gemar bersendiri.

“Orang (mangsa) seperti ini lah nanti psikologi perlu masuk dan memberi kekuatan daripada segi menguatkan emosi supaya mereka boleh berfungsi dalam masyarakat serta mampu menguruskan diri dengan baik,” katanya.

Mengulas lanjut, berkata, situasi dialami mangsa banjir yang terkesan teruk bencana itu sememangnya sangat sukar kerana mereka seolah-olah perlu memulakan kehidupan baharu.

“Bayangkan ada penduduk yang hasil pendapatan diperoleh daripada perniagaan periuk belanga dan pinggan mangkuk, tetapi semua barangan itu hilang serta rosak. Ada pula kehilangan semua barang kemas dan barangan berharga.

“Memang ada boleh menerima keadaan itu sebagai dugaan atau hikmah seperti seorang warga emas ditemui ketika saya menyertai misi bantuan banjir ke Sungai Serai, Hulu Langat, baru-baru ini yang kehilangan rumah kerana dibawa arus, tapi ada mangsa tidak kuat berdepan ujian berkenaan,” katanya.

Menurut Dr Shazli Ezzat, secara normalnya, kehibaan orang yang mengalami situasi buruk itu akan kembali pulih dalam tempoh satu bulan, iaitu dipanggil masa bertenang.

“Sekiranya melebih tempoh itu, mereka perlu dibantu pakar psikologi supaya emosi tidak terus terjejas dan bertambah teruk,” katanya. - Getaran, 24 Disember 2021

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad