web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dobi Layan Diri Jadi Tumpuan Penduduk Taman Sri Muda

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 8:09AM

Penduduk membersihkan pakaian sebelum yang sempat diselamatkan di dobi layan diri. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Premis dobi layan diri menjadi tumpuan penduduk Taman Sri Muda, di sini untuk membersihkan pakaian yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Tinjauan Bernama mendapati orang ramai terpaksa beratur panjang dengan membawa berbakul-bakul pakaian yang dapat diselamatkan daripada bencana itu.

 Marina Abdullah, 39, menyifatkan beliau umpama tinggal sehelai sepinggang dan pakaian yang dibawa untuk dicuci di dobi berkenaan antara beberapa harta benda yang masih dimilikinya.

“Air naik cepat sangat, baju-baju ini sahaja yang saya sempat ambil untuk bawa keluar ... hari ni baru sempat datang (dobi), anak-anak pun dah tak ada baju nak pakai di pusat pemindahan. Rumah, kereta, semua rosak,” katanya yang mempunyai dua anak berusia dua dan empat tahun.

Jurujual kereta, Khairul Anuar Ahmad, 32, berkata beliau singgah di premis dobi layan diri itu bagi membersihkan pakaian sebelum pergi ke rumah kakaknya di Rawang untuk berteduh.

Beliau bersama anak dan isteri yang menyewa rumah teres di kawasan itu terpaksa meninggalkan kediaman buat sementara waktu demi keselesaan diri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar