web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini, 39 Korban Keseluruhan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 10:06PM

Penduduk yang terlibat dengan banjir pada Sabtu lalu, terpaksa membuang barang-barang yang rosak, di Kampung Padang Jawa, Shah Alam hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka korban banjir keseluruhan di Selangor serta Pahang merekodkan peningkatan seramai 39 individu sehingga hari ini. 

Pertambahan angka korban banjir berkenaan direkodkan di Pahang membabitkan dua di Temerloh. 

Terdahulu, sidang media harian Op Banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam pagi tadi oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan sebanyak 37 kematian dan 10 laporan orang hilang direkodkan di kawasan banjir sehingga semalam.

Dalam kejadian di Temerloh, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani mengesahkan dua beranak dilapor hilang dipercayai dihanyutkan arus deras semasa meredah banjir di padang bola di Mentakab pada Selasa, ditemukan maut hari ini.

Mayat Musa Ahmad, 53, ditemukan pada 10 pagi manakala mayat anaknya Mohd Airall Zikree, 10, dijumpai pada 11.50 pagi.

Mayat kedua-dua mangsa ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi akhir mereka dilihat dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas didakwa hilang semasa mandi di sungai berhampiran jambatan kereta api Kuala Krau, Temerloh, petang semalam masih belum dijumpai.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan mangsa masih diteruskan dengan bantuan JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan penduduk kampung.

Sementara itu, korban banjir di Pahang setakat ini turut membabitkan dua mangsa di Kuantan, manakala tujuh lagi di Bentong.

Kejadian di Bentong melibatkan fenomena kepala air di dua kawasan iaitu di sebuah pusat peranginan dengan dua mayat telah ditemukan manakala seorang lagi dilaporkan hilang dalam insiden itu.

Dalam pada itu kejadian di Telemong, lima mayat telah ditemukan manakala seorang lagi mangsa yang dipercayai hilang masih belum ditemukan. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 8 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar