web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir, Bantuan RM5,000 Pada Waris Mangsa Korban - NADMA

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 8:35PM

Dr Aminuddin Hashim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan akan memberikan sebanyak RM5,000 untuk bantuan pengurusan kematian kepada waris mangsa yang meninggal dunia akibat banjir melalui Bantuan Wang Ihsan (BWI) bagi meringankan beban mereka yang terkesan susulan bencana itu, kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr  Aminuddin Hassim. 

Beliau berkata antara syarat kelayakan bantuan itu adalah warganegara dan memiliki kad pengenalan diri (MyKad) yang sah dan mestilah merupakan mangsa ketika bencana banjir itu berlaku. 

Mangsa bencana wajib mendaftarkan nama dengan maklumat lengkap menggunakan nama Ketua Isi Rumah (KIR), katanya.

Aminuddin menjelaskan dengan lebih lanjut pendaftaran nama yang sah perlu dilakukan bagi mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Manakala yang tidak berpindah ke PPS perlu mendaftar dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau ketua komuniti atau ketua kampung atau penghulu di tempat masing-masing,” katanya pada sidang media Ops Banjir di Taman Sri Muda di sini, hari ini. 

Bagi memudahkan proses permohonan bantuan berkenaan, beliau berkata NADMA dan Kementerian Kewangan telah mengambil langkah seperti menggunakan pendaftaran di PPS sebagai bukti mangsa terjejas banjir tanpa perlu membuat permohonan. 

Selain itu, katanya inisiatif BWI yang turut melibatkan bantuan RM1,000 kepada mangsa akan disegerakan peruntukannya kepada kerajaan negeri selaku Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sebagai penyaluran Fasa 1 bagi mempercepatkan proses pengagihan bantuan kepada mangsa terjejas.

“Kita akan mempercepatkan saluran itu walaupun maklumat belum dapat lagi, pihak negeri akan memberi estimation (anggaran) 3,000 ke 4,000 (mangsa), dari situ kita akan salur peruntukan sewajarnya. 

“Kalau lebih ia akan diguna untuk program akan datang, kalau kurang kita akan tambah kemudian… yang penting verifikasi dan pembayaran untuk penerima dibuat di peringkat daerah, tidak lagi di peringkat negeri dan Persekutuan,” katanya. 

Dalam pada itu katanya berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi terdapat tanda-tanda awal berlaku luruan monsun yang dijangka bermula 27 Disember, berpotensi menyebabkan hujan yang berterusan di bahagian barat Sarawak dan timur Sabah. 

“Dengan data yang dikongsi ini saya ingin memohon rakan-rakan responder untuk menyusun pasukan masing-masing agar insiden banjir dapat kita kawal dengan sebaiknya. 

“Apa-apa maklumat boleh terus disalurkan kepada NADMA dan kita akan memastikan koordinasi dapat kita lakukan daripada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC),” katanya. 

Mengenai situasi di Taman Sri Muda, beliau berkata kawasan itu telah beransur-ansur kering dan kerja-kerja pembersihan pasca banjir telah dimulakan dan program itu akan diselaraskan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dan disokong Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad