web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Budak 2 Tahun Ditemui Lemah Semakin Pulih, Alami ‘Acute Gastroenteritis’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 2:29PM

Kanak-kanak tersebut semakin pulih selepas menerima rawatan di HTAR, Klang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditemui dalam keadaan lemah dan mengalami simptom muntah-muntah dipercayai akibat kekurangan air di kawasan banjir Sri Muda, malam tadi, semakin pulih.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, kanak-kanak tersebut disahkan mengalami acute gastroenteritis (AGE) dengan tahap dehidrasi lima peratus.

“Kanak-kanak itu telah diberi rawatan awal di klinik medan KKM di Taman Sri Muda sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

“Keadaannya kini semakin pulih,” katanya menerusi satu hantaran di Twitter, hari ini.

Menurut jurucakap itu, dua lagi kanak-kanak daripada keluarga sama turut didapati mengalami simptom sama, tetapi lebih ringan.

“Mereka telah menerima rawatan di klinik medan sama dan dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga selepas menerima rawatan,” katanya.

Difahamkan, mangsa terkandas di kawasan banjir selama dua hingga tiga hari dan muntah dengan agak kerap.

Terdahulu, pasukan perubatan terpaksa mendapatkan bantuan pihak polis bagi membawa keluar kanak-kanak itu yang masih berada di rumah.

Sewaktu ditemui, mangsa dikatakan kurang bertindak-balas ketika pemeriksaan dilakukan.

Video kanak-kanak itu yang dibawa untuk menerima rawatan sebaik sahaja dikeluarkan dari rumahnya mengundang sebak netizen.

Majoriti melahirkan rasa simpati dengan nasib mangsa dan ribuan lagi yang terjejas.

“Aku tak boleh betul kalau melibatkan budak-budak macam ni, sebak dia lain macam. Terbayang kalau yang tengah sengsara tu anak sendiri,” kata ZaemZakaria.

“Allahu, sebaknya. Terbayang anak sendiri. Semoga Allah pelihara anak ini dan diberi kesembuhan yang cepat. Aamiin YRA,” kata bibik24hours.

“Ya Allah, please be safe!! Ya Allah tolong selamatkan dia, tak sanggup nak tengok baby, kanak-kanak kena macam ni,” kata Mintzlina.

Video tersebut turut mendapat perhatian Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

“Tuhan Yang Maha Esa. Lindungilah kami semua. Kami pohon,” katanya. - Getaran, 23 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar