web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lori Pasir, Jadi 'Penyambung Nyawa' Penduduk Bandar Seri Ehsan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 8:41AM

Penduduk Taman Perumahan Bandar Seri Ehsan, Banting terpaksa menggunakan lori untuk keluar selepas jalan utama ke kawasan itu dinaiki air, hingga menyebabkan bekalan makanan serta rantaian telekomunikasi terputus sejak Ahad lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANTING - Beberapa lori pasir yang dipinjam dari sebuah syarikat pemaju lebuh raya diibaratkan sebagai ‘penyambung nyawa’ kepada penduduk Bandar Seri Ehsan yang terputus hubungan apabila satu-satunya jalan keluar masuk ke kawasan itu dinaiki air banjir sejak pagi Ahad. 

Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Seri Ehsan (PPBSE) Ahmad Kamal Miswan, 51, berkata jalan tersebut hanya dapat dilalui kenderaan pacuan empat roda atau lori selepas laluan berkenaan dinaiki air setinggi dua meter.

Katanya, kehidupan 3,500 orang daripada 1,200 keluarga penduduk perumahan berkenaan juga terjejas apabila bekalan elektrik dan jaringan telekomunikasi terputus. 

“Kami terdetik untuk menggunakan khidmat lori pasir ini kerana kami nampak  ada projek pembinaan lebuh raya berdekatan dan seorang daripada penduduk taman ini bertanya kepada pemaju sama ada boleh membekalkan lori pasir untuk menolong kami untuk keluar dan masuk serta membeli barang makanan dan keperluan lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui  di pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, semalam. 

Beliau berkata pemaju bersetuju memberi kebenaran kepada penduduk menggunakan beberapa lori pasir dari 8 pagi hingga 5 petang secara percuma, namun jika melebihi tempoh tersebut penduduk perlu memberi bayaran kerja lebih masa (OT) kepada pemandu lori. 

Ahmad Kamal berkata perkhidmatan lori tersebut bagaimanapun telah tamat pada semalam. 

Beliau berkata ketika kawasan tersebut terputus bekalan elektrik pada Ahad, penduduk hanya bergantung sepenuhnya kepada lilin sebelum Angkatan Pertahanan Awam (APM) membawa set penjana semalam.

Pegawai Operasi PPS, Leftenan (PA) Kang Wei Xian berkata sejak semalam, 20 anggota APM menyelaras sepenuhnya operasi pusat itu yang menumpukan urusan bekalan makanan dan perubatan untuk penduduk.

 “Setakat ini, sebuah lori tiga tan dan dua set penjana digunakan APM manakala pintu masuk laluan itu dikawal pasukan keselamatan lain," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad