web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Chalet Bentong: Mayat Kanak-Kanak Lelaki Ditemui

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 3:58PM

Anggota polis menggunakan drone bagi mengesan mangsa terakhir iaitu Bobby Lim Yoke Hoong pada operasi mencari dan menyelamat di Bobby Eco Farm Resort, Bentong, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Mayat kanak-kanak lelaki, dipercayai antara tiga individu dikhuatiri hilang dibawa arus sungai di kawasan chalet pusat peranginan di Bentong, Pahang, pada Sabtu lepas, ditemui pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong Mohd Zamri Abdul Ghani berkata mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui pada kira-kira 10.30 pagi.

Beliau berkata mayat berkenaan ditemui terapung dan tersangkut dalam longgokan kayu di tepi kawasan hutan berhampiran Lebuh Raya Karak menghala ke Kuala Lumpur kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

“Kami telah menemui mayat berkenaan di Kilometer 66.2,” katanya kepada Bernama di lokasi kejadian hari ini.

Mohd Zamri berkata operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan pada 9.40 pagi tadi dengan kekuatan seramai 26 anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Beliau berkata identiti mangsa masih belum dikenal pasti namun bomba percaya ia adalah kanak-kanak yang dilaporkan hilang dalam tragedi itu.

“Setakat ini, kami akan memanggil ibu bapanya untuk proses pengecaman dan bomba akan meneruskan operasi bagi mencari pemilik chalet berkenaan yang dilaporkan hilang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya menggunakan khidmat dua ekor anjing pengesan K-9 untuk mengesan mangsa terakhir iaitu Bobby Lim Yoke Hoong.

Semalam, satu mayat wanita ditemui pada 10.15 pagi dikenal pasti sebagai Yap Koon Lau.

Pada Sabtu lepas, lebih 30 orang termasuk sembilan kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terkandas dengan kejadian banjir lumpur ketika mengunjungi sebuah pusat peranginan di Bentong, Pahang.

Kanak-kanak dikenali sebagai Emamnuel Chang serta pasangan suami isteri Bobby Lim Yoke Hoong dan Yap Koon Lau dilapor hilang dalam tragedi itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Ular Sawa Seberat 150kg Ditangkap Di Mersing

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Kepala Air Punahkan Harapan, Pengusaha Chalet Rayu Tindakan Kerajaan

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad