web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Tak Timbul Isu Nadma Lewat' - Aminuddin Hassim

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 8:04AM

Dr Abdul Latiff Ahmad (kanan) membuat lawatan ke kawasan banjir di Taman Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyatakan bahawa tidak timbul isu pihak tersebut lewat mengkoordinasikan operasi menyelamat mangsa banjir, sebaliknya setiap tanggungjawab telah diberikan kepada semua agensi ‘responder’ lebih awal.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata mesyuarat berhubung pengurusan bencana pusat telah dijalankan pada 13 September dan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Semasa itu tanggungjawab kita berikan kepada semua agensi ‘responder’. Jadi mereka sudah faham dan tahu fungsi-fungsi yang perlu lakukan, sekiranya berlaku sesuatu bencana.

“Bencana ini ada tiga tahap, yang pertama tempatan di daerah. Tahap kedua melibatkan lebih banyak daerah dan satu negeri, manakala tahap ketiga ialah tahap negara atau melibatkan dua atau tiga negeri. Jadi masing-masing sudah tahu,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad di Taman Sri Muda, semalam.

Beliau berkata jika sesuatu bencana berlaku di peringkat negeri, kerajaan negeri melalui Setiausaha Kerajaan Negeri yang mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, akan mengambil alih pengemblengan semua agensi yang terlibat, untuk mengatasi sesuatu bencana.

“Jadi tak perlu lah kata (sama ada koordinat atau tidak). Koordinasi longgar tidak berlaku dan dari semasa ke semasa kita akan turun memantau kesediaan negeri-negeri. Untuk negeri di pantai timur contohnya, mereka bergerak satu langkah kehadapan dengan adanya simulasi, sebab tahun ini kita ada bencana dalam bencana (banjir dan COVID-19 serentak),” katanya.

Beliau turut menafikan laporan berita sebuah media yang mendakwa NADMA menghalang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) beroperasi, kerana tidak disytiharkan darurat.

“Saya baru lepas bercakap dengan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan saya berbincang baik dengan beliau. Tan Sri berkata kenyataan itu tidak datang daripada beliau dan daripada pasukan tentera.

“Maka saya mengandaikan ada yang mereka cipta perkara ini dan sebenarnya hubungan kami adalah baik,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Di 4 Negeri Turun Kepada 3,002 Orang Setakat 8 Malam - NADMA

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Situasi Banjir Di Segamat Tidak Berubah, 43 Mangsa Di PPS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pegawai NADMA, SMART Dihantar Ke Luar Negara Jalani Latihan Pengurusan Bencana 

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad