web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Mungkin Hilang Kepercayaan, Undi Sekiranya Gagal Urus Banjir - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 6:06PM

Banjir yang melanda negara pada Sabtu lalu telah menyebabkan mereka yang terlibat terpaksa menanggung kerugian besar. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri akan berdepan masalah mendapatkan kepercayaan dan ‘kasih sayang’ rakyat, termasuk kemungkinan kehilangan undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), sekiranya gagal menguruskan serta menangani masalah berkaitan banjir sebaik mungkin.

Pensyarah dan Penganalisis Politik, Dr Lee Yok Fee berkata, isu bencana alam itu akan membuatkan rakyat menilai bagaimana dan apakah fokus kerajaan, sama ada bersungguh-sungguh mahu membela kebajikan mereka atau hanya menjadi wakil rakyat untuk mendapatkan jawatan.

“Pasti adalah kan (kesan), ini membabitkan prestasi, jadi pasti rakyat akan menilai bagaimana dan apakah fokus kerajaan sekarang.

“Ramai melihat ahli politik sekarang hanya ingin mendapatkan jawatan supaya kekal berkuasa dan mahu mengekalkan status quo demi jawatan semasa,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesan mungkin dialami kerajaan, selepas didakwa tidak serius atau lewat membantu mangsa terjejas banjir yang melanda Lembah Klang, sejak Sabtu lalu.

Rakyat turut mempertikaikan dan menunjukkan kemarahan mengenai sikap segelintir pemimpin kerajaan yang langsung tidak menunjukkan muka, lambat meninjau kawasan banjir atau tidak datang bertanya khabar.

Slogan dan tanda pagar  #rakyatjagarakyat turut dikongsi secara meluas di saluran komunikasi, khususnya media sosial bagi menggalakkan orang ramai memainkan peranan serta bersatu padu untuk membantu menyelamatkan atau meringankan beban mangsa terjejas, memandangkan usaha ditunjukkan kerajaan tidak seperti diharapkan.

Dr Lee Yok Fee
Dr Lee Yok Fee

Yok Fee berkata, kerajaan harus memperbetulkan segala kekurangan dan kelemahan dalam pengurusan banjir secara serta merta, supaya rakyat tidak terus menunjukkan kemarahan.

Perkara harus diutamakan pemimpin kerajaan ketika ini katanya, adalah turun padang untuk mendekati rakyat dan melihat apakah keperluan sebenar golongan akar umbi.

Jelasnya, dari aspek infrastruktur pembinaan negara, kerajaan harus menumpukan kepada penyelengaraan, bukan sekadar memberi tumpuan untuk melaksanakan projek baharu sehingga mengetepikan kepentingan itu.

“Jangan projek baharu sahaja banyak tapi yang lama tidak diselenggara. Banjir kilat ini bukan sesuatu yang baharu, jadi kena selenggara pembinaan sedia ada. Sebagai contoh terowong SMART, ia diselenggara jadi berfungsi dengan baik.

“Jadi bagaimana dengan yang lain, pembangunan terlalu pesat dan tiada rancangan bagus? Kena lihat balik,” katanya.

Menurut Yok Fee, kerajaan harus memahami bahawa peranan dipegang mereka sebagai pemimpin dan wakil rakyat adalah untuk memberi fokus kepada kebajikan penduduk di negara ini, berbanding perebutan kuasa.

“Segelintir mereka (pemimpin dan wakil rakyat) gagal memahami apakah maksud sebenarnya ‘ministry’, itu adalah untuk berkhidmat, bukan berhormat.

“Sepatutnya rakyat sudah memberikan mandat, memilih mereka, laksanakanlah kerja betul-betul. Perkara ini mencerminkan niat sebenar mengapa mereka mahu menjadi wakil rakyat, demi pemilih atau kepentingan sendiri,” katanya.

Dr. Jeniri Amir
Dr. Jeniri Amir

Mengulas isu sama, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, kesan baik atau buruk yang akan diterima kerajaan pada PRU-15 itu, bergantung kepada bilakah pemilihan terbabit bakal diadakan.

Sekiranya pilihan raya itu diadakan dalam tempoh terdekat, katanya, kemungkinan akan menjejaskan undi kepada kerajaan, memandangkan rakyat masih marah ekoran sikap segelintir pemimpin yang didakwa tidak komited membantu mereka ketika dilanda musibah.

Namun Jeniri berpendapat, PRU-15 tidak akan diadakan dalam tempoh segera.

“Saya fikir jika PRU-15 diadakan pada tahun 2023, mungkin kesan terhadap undi kerajaan tidak terjejas kerana ketika itu isu banjir serta kemarahan rakyat ini semakin reda.

“Rakyat ini kadang-kadang sentimen mereka berhubung sesuatu isu tidak berpanjangan, jadi kalau pilihan raya diadakan pada tahun 2023, saya rasa kesannya tidak apa-apa kerana isu lain mungkin timbul masa itu,” katanya.

Jeniri berkata, walaupun timbul tidak puas hati dalam kalangan rakyat berhubung usaha kerajaan dalam menguruskan dan menangani banjir, Menteri Besar serta Perdana Menteri sudah mengerahkan seluruh jentera negara untuk menangani isu berkenaan, melalui pelbagai kementerian, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

“Komitmen kerajaan memberikan RM1,000 kepada setiap isi rumah juga sedikit sebanyak akan mengubat hati penduduk atau pengundi di kawasan terjejas.

“Jadi saya fikir sejauh mana impaknya kepada kerajaan, banyak bergantung kepada keberkesanan bantuan sekarang dan apakah bentuk pertolongan diberikan selepas ini,” katanya.

Pada masa sama, Jeniri berkata, perkara paling penting untuk ditunjukkan kerajaan adalah keikhlasan, kesungguhan dan komitmen untuk membantu rakyat.

“Bencana sebesar ini memang suatu yang di luar kawalan, ditambah kadang-kadang dengan keterbatasan sumber dan alat, jadi saya fikir kerajaan perlu berusaha sedaya upaya dengan ikhlas serta komited.

“Selesaikan secepat mungkin masalah yang timbul daripada isu banjir ini dengan memudahkan urusan rakyat terkesan,” katanya. – Getaran, 21 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Had Umur 16 Tahun Untuk Guna Media Sosial Bukan Sekatan, Tapi Perlindungan - Pakar

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

SPR: Daftar Pemilih Johor Cecah 2.7 Juta Menjelang PRN

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Azam Baki Beri Keterangan, Nafi Ugut Ahli Perniagaan

oleh Sophia Ahmad