web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Halalkan Penduduk Yang Pecah Masuk Premis Kami’ – Ameer Ali Mydin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 3:26PM

Keadaan Mydin Mart yang ditenggelami banjir di Taman Sri Muda, Sabtu lalu. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Pemilik perniagaan runcit, Mydin Mohamed Holdings Berhad sedia memaafkan semua individu yang terbabit memecah masuk Mydin Mart di Taman Sri Muda, Shah Alam tiga hari lalu.

Datuk Ameer Ali Mydin berkata, beliau berlapang dada menerima musibah tersebut, yang disifatkan berlaku kerana situasi terlalu mendesak ketika itu.

Beliau bagaimanapun mengakui, kejadian tersebut tidak seharusnya berlaku kerana ia adalah perilaku jenayah.

“Saya berlapang dada (untuk) memaafkan dan menghalalkan semua barangan yang dicuri itu. Kalau ikutkan prinsip, perbuatan tersebut (memang) tidak elok tetapi jika dalam keadaan darurat seperti ini, saya relakan.

“Sebagai penganut agama Islam, sekiranya barangan yang diambil tidak diredai, ia berubah menjadi haram dan kekal sebagai darah daging,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Ameer Ali, beliau sedar banjir yang berlaku Sabtu lalu menyebabkan banyak pihak terdesak, sekali gus membuatkan mereka tidak mempunyai pilihan lain.

“Ikutkan kerugian syarikat memang banyak, semua peralatan komputer, pejabat dan barang kelengkapan musnah. Kami juga perlu membayar gaji pekerja serta sewa kedai, namun kami sabar dengan dugaan ini.

“Jumlah kerugian RM5 juta itu tidak termasuk kerugian cawangan lain sekitar Hulu Langat, Shah Alam dan Pahang yang turut terjejas akibat banjir” tambahnya.

Ameer Ali yang juga Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd berkata, kerugian yang ditanggung di Mydin cawangan Sri Muda mencecah RM300 ribu, manakala nilai keseluruhan kerosakan akibat banjir di semua kedai terlibat dianggarkan melebihi RM5 juta.

“Kami tidak bercadang meminta bantuan kerajaan kerana ramai lagi individu terkesan yang lebih memerlukan.

“Kita juga tahu, ekonomi sekarang agak teruk, jadi pada waktu genting ini, saya tidak memohon sebarang bantuan, tetapi berharap ada dana lain untuk perniagaan pada masa akan datang,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, mangsa banjir di kawasan Sri Muda terpaksa memecah masuk ke pasar raya berhampiran kerana ramai antara mereka terputus bekalan makanan.

Insiden itu berlaku selepas penduduk dipercayai berada dalam keadaan terdesak apabila tiada sebarang bantuan diterima walaupun banjir sudah berlarutan sehingga 48 jam.

Polis juga mengesahkan beberapa kedai serbaneka di Sri Muda, khususnya Seksyen 15 yang dilanda banjir kilat Jumaat lalu, dipecah masuk sekitar jam 1 tengah hari hingga 2 petang, Sabtu lalu.

 Antara premis terbabit ialah Mydin, KK Mart, 7 Eleven dan Pasar Raya Jimat. - Getaran, 21 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad