web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: 45 Jalan Di Selangor Masih Ditutup

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 11:18AM

Keadaan jalan di laluan ke Kampung Sungai Lui selepas dilanda banjir ketika tinjauan di Hulu Langat, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Meskipun cuaca bertambah baik namun, musibah banjir yang melanda negara sejak Sabtu lepas masih tidak menunjukkan perkembangan positif yang besar.

Di SELANGOR, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor memaklumkan sebanyak 45 jalan masih ditutup, berkurangan daripada jumlah semalam iaitu 73 jalan yang melibatkan enam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) negeri ini bagi laluan kenderaan di sesetengah kawasan susulan banjir setakat 4 pagi tadi.

Penutupan jalan-jalan itu melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat (26); Subang Jaya (11); Sepang (4); KLIA (2) dan masing-masing satu jalan melibatkan IPD Klang Utara dan Hulu Selangor.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 7.50 pagi, jumlah mangsa banjir di Selangor meningkat daripada 24,533 mangsa melibatkan 6,907 keluarga malam tadi kepada 24,647 mangsa dari 6,935 keluarga melibatkan 134 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di TERENGGANU kekal iaitu 63 orang daripada 13 keluarga pada pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu dalam kenyataan memaklumkan kesemua mereka berada di tiga PPS di Kemaman dan cuaca di kebanyakan tempat di Terengganu diramal panas sepanjang hari ini dan kesemua mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila banjir surut sepenuhnya.

Di PAHANG pula, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan jumlah mangsa banjir pagi ini adalah seramai 37,793 orang di 280 PPS yang beroperasi di sembilan daerah. 

Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 21,489 orang diikuti Temerloh (6,972 orang) dan Lipis (2,084 orang) manakala daerah lain yang turut terjejas ialah Bentong, Raub, Jerantut, Bera, Maran dan Pekan.

Laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan beberapa sungai utama masih melebihi paras bahaya pagi ini termasuk Sungai Pahang di beberapa lokasi dengan trend menaik iaitu di Water Front Bera, Kampung Chenor di Maran, Lubuk Pasu Temerloh dan Kuala Sungai Chini Pekan.

ANIH Bhd, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) memaklumkan laluan yang ditutup akibat banjir sejak Ahad lepas, masih belum dibuka terutamanya di KM76 hingga KM126 Lanchang-Temerloh di LPT1 dan KM71 KL-Karak yang ditutup di kedua-dua arah. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad