web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Hulu Langat Terburuk Pernah Dialami - Penduduk

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 7:01PM

Pekerja kedai pakaian membersihkan premis yang di naiki air banjir di Hulu Langat semalam. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SELANGOR - Penduduk Hulu Langat menyifatkan banjir yang berlaku sejak Sabtu lalu adalah bencana alam terburuk pernah dialami.

Tinjauan Getaran di kawasan berkenaan mendapati, sejumlah besar kediaman, infrastruktur dan barangan peribadi mereka musnah, termasuk kenderaan dimiliki.

Seorang penduduk sudah 30 tahun mendiami rumah di perumahan Taman Sri Nanding sedang mengemas dapur yang dipenuhi lumpur akibat banjir semalam. - Gambar oleh Syeda Imran
Seorang penduduk sudah 30 tahun mendiami rumah di perumahan Taman Sri Nanding sedang mengemas dapur yang dipenuhi lumpur akibat banjir semalam. - Gambar oleh Syeda Imran

Misnan Selamat, 54, mangsa banjir di Kampung Sungai Serai Hulu Langat berkata, semua harta benda miliknya musnah dan tidak lagi dapat digunakan, malah sebahagian dari rumah didiami turut roboh dihanyut arus.

Misnan Selamat
Misnan Selamat

Dia yang tinggal bersama tujuh ahli keluarga bagaimanapun reda, tetapi mengakui bantuan diterima agak terlewat, menyebabkan keadaan menjadi bertambah sukar.

“Pada hari Sabtu lalu, ketika hujan begitu lebat, kami sekeluarga masih menunggu bantuan sampai sehingga jam 4 pagi, kerana ketika itu hanya ada satu bot sahaja yang digunakan untuk membantu mangsa banjir lain. Paling kasihan, ramai ibu bapa yang mempunyai anak kecil terpaksa panjat bumbung untuk menyelamatkan diri dan anak mereka.

“Semalam paras air masih tinggi, tetapi pagi tadi semakin surut jadi kami sekeluarga datang semula ke sini untuk melihat keadaan rumah yang musnah. Tiada apa yang tinggal, jadi kami semua ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga keadaan kembali pulih,” katanya kepada Getaran.

Pihak Stesen minyak Petronas di Kampung Sri Nanding Hulu Langat juga turut terkesan mengalami kerugian yang besar akibat banjir semalam. Gambar oleh Syeda Imran
Pihak Stesen minyak Petronas di Kampung Sri Nanding Hulu Langat juga turut terkesan mengalami kerugian yang besar akibat banjir semalam. Gambar oleh Syeda Imran

Sementara itu, seorang pemilik pusat perubatan Islam, Mustafa Jauhari, 58, berkata, banjir yang berlaku ibarat mimpi bagi kerana sepanjang 10 tahun dia berniaga di kawasan tersebut, ini merupakan kali pertama paras air naik dengan begitu pantas.

Mustafa Jauhari
Mustafa Jauhari

“Banjir kali ini memang tidak dijangka. Saya sudah lebih 10 tahun menyediakan perkhidmatan bekam dan urut tradisional di kawasan Hulu Langat, dan ini merupakan kali pertama air naik begitu tinggi. Semua enam biji katil serta alatan bekam dan urutan kami tidak dapat digunakan lagi.

“Kedai sebelah bengkel motosikal pun sama, musnah. Pemilik kedai ada tumpang beberapa buah motosikal di kedai saya, sebab keadaan kedai saya agak tinggi sikit, tetapi apakan daya, air tetap naik dengan cepat,” jelasnya, sebak.

Paling menyedihkan, seorang pekerja kedai serbaguna Siti Nordiana Madihi, 20, berkata, dia ada menyimpan dua ekor kucing milik pelanggannya, kerana menyangka kedai tersebut tidak ditenggelami air, namun kedua-dua haiwan itu ditemui mati lemas sebaik menjenguk premis berkenaan pagi tadi.

Sekeluarga menyelamatkan kucing peliharaan mereka yang juga terkesan akibat banjir semalam. - Gambar oleh Syeda Imran
Sekeluarga menyelamatkan kucing peliharaan mereka yang juga terkesan akibat banjir semalam. - Gambar oleh Syeda Imran

“Kedai kami berada di kawasan agak tinggi, dan setiap kali musim banjir, kedai dan perumahan di kawasan Bukit Nanding Batu 12 hanya mengalami banjir setakat buku lali. Tetapi kali ini, air naik hingga ke paras dada. Jadi kucing pelanggan kami yang diletakkan di tempat tinggi turut sama terkorban.

“Saya ada maklum pada pemilik kucing tentang keadaan tersebut, mereka datang ke kedai pagi tadi dan menangis. Duit keuntungan kedai pun hilang, kena hanyut kerana banjir. Barang-barang jualan di kedai banyak yang tidak boleh digunakan lagi,” ujarnya.

Siti Nordiana Madihi
Siti Nordiana Madihi

Sekitar 100 penduduk di Taman Sri Nanding di sini yang terperangkap akibat banjir terpaksa berlindung lebih 12 jam di atas bumbung Surau Al Munir Taman Sri Nanding.

Seorang pengguna Facebook dikenali Puteri Nadia Natasha mendakwa, golongan kelainan upaya (OKU), bayi dan ibu mengandung antara individu yang berada di bumbung berkenaan.

“Dari malam tadi sampai pagi ini tiada bantuan atas bumbung Surau Al-Munir Taman Sri Nanding. Semua dalam kesejukan!” katanya.

Penduduk sibuk mengemas rumah di Taman Sri Nanding walaupun bekalan air bersih dan elektrik terputus. - Gambar oleh Syeda Imran
Penduduk sibuk mengemas rumah di Taman Sri Nanding walaupun bekalan air bersih dan elektrik terputus. - Gambar oleh Syeda Imran

Difahamkan, perkara itu telah dimaklumkan oleh seorang rakannya menerusi perkongsian video ketika berada di atas bumbung surau berkenaan.

Antara kawasan lain yang terjejas teruk adalah Kampung Batu 25 Sungai Lui, Kampung Batu 16, Kampung Batu 17, Kampung Batu 18 dan Kampung Sungai Serai. - Getaran, 20 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar