web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PETRONAS Sumbang RM25 Juta Bantu Mangsa Terjejas Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 5:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Situasi sukar akibat banjir dialami penduduk di beberapa negeri ketika ini, terus menerima perhatian dan simpati daripada pelbagai pihak yang tampil menghulurkan bantuan kewangan serta barangan asas untuk meringankan bebanan mereka.

Terkini, PETRONAS menyalurkan sumbangan bernilai RM25 juta untuk membantu mangsa terjejas bencana terbabit di seluruh negara.

Menerusi kenyataan syarikat petroleum dan gas itu, dana berkenaan diperuntukkan unit dan anak syarikat Kumpulan PETRONAS, termasuk Yayasan PETRONAS.

“Peruntukan ini akan meningkatkan jumlah sumbangan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain yang menjadi sebahagian daripada Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC (GDRN).

“Kelab Sukan dan Rekreasi PETRONAS (KSRP), Persatuan Isteri-Isteri dan Kakitangan Wanita PETRONAS (PETRONITA) serta Badan Kebajikan Islam PETRONAS turut memulakan kutipan sumbangan untuk disalurkan kepada mangsa melalui Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM),” katanya menerusi kenyataan.

Jelasnya, setiap tahun, PETRONAS Dagangan Bhd (PDB), akan menyediakan perkhidmatan trak mengisi minyak bergerak (ROVR).

Perkhidmatan itu bertujuan membantu mangsa banjir untuk memberi servis kepada pelanggan atau pihak menjalankan operasi menyelamat di kawasan stesen minyak yang ditutup atau tidak boleh diakses.

Menerusi kenyataan sama, PETRONAS memaklumkan, pihaknya turut menghulurkan bantuan kepada kakitangan terjejas, termasuk menyediakan tempat tinggal sementara, elaun makanan, cuti khas, kewangan, makanan, minuman dan barangan keperluan. - Getaran, 20 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad