web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sentuh Isu Banjir, Nurul Izzah Trending Di Twitter

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 9:59PM

Nurul Izzah telah membangkitkan isu banjir di Parlimen pada bulan Julai lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba nama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menjadi trending di Twitter, hari ini.

Semuanya gara-gara video berdurasi dua minit tujuh saat beliau ketika menyebut isu berkaitan banjir semasa sesi perbahasan Pelan Pemulihan Negara di Dewan Rakyat pada Julai lalu.

“Kena ada beberapa perancangan kerana kita akan mengalami banjir di kala pandemik. Jadi kesiapsiagaan ini saya minta sangat-sangat dalam pelan pemulihan diambil kira dengan serius khususnya oleh Kementerian Kewangan.

“Dan saya juga akan serahkan dapatan survey kepada Jabatan Statistik (Perangkawan) termasuk Kementerian Kewangan kerana pada saya isu ini its once in a life time. Bila lagi nak dapat pandemik, kita lihat kerapuhan, kelemahan sistem dan kita ada peluang untuk perbaiki,” katanya.

Malah beliau turut mengingatkan bahawa sistem kesihatan perlu diambil kira disaat negara berdepan krisis banjir.

“Bila berlakunya tekanan, bila banjir, malapetaka dan sebagainya sudah tentu isu kebajikan sistem kesihatan kita perlu ambil kira.

“Saya ambil maklum bahawa kerajaan telah memperkenalkan penyelesaian jangka pendek yang dilakukan untuk melanjutkan tempoh kontrak semua pegawai perubatan tetapi ini tak menolak keperluan mendesak untuk memastikan mobiliti kerjaya mereka.

Nurul Izzah berkata, ia termasuk apa yang disebut Perdana Menteri dalam pengumuman sebelum ini, bahawa ada perancangan Blue Print yang sepatutnya dilaksanakan Kementerian Kesihatan bagi mereformasi sistem kesihatan dan kelemahan. 

Majoriti netizen turut bersetuju dengan kenyataan beliau, malah ada yang kesal apabila kerajaan tidak ambil peduli mengenai isu yang dibangkitkan.

She’s beauty with brain. Dia dah cakap awal-awal, banjir akan berlaku tapi menteri buat pekak seolah-olah banjir tak pernah berlaku kat Malaysia. Sepatutnya dari dulu dah ada persediaan awal. Ni tak, nak tunggu banjir baru nak gelabah,” katanya.

“Lima bulan lepas, Nurul Izzah pernah suarakan isu banjir ni tapi macam tak ada action langsung pun kan?” soal Asmaasmie.

You freaking said tak sempat prepare sebab hujan tiba-tiba. B****, JMM dah bagi warning kot, Disember memang musim hujan dan banjir. Nurul Izzah dah mentioned dekat Parlimen months ago,” kata pula Thethirdfarhah.

“Nurul Izzah pun dah bangkitkan isu ini untuk masukkan sebagai salah satu pelan persediaan di dalam Pelan Pemulihan Negara. Tapi hangpa sibuk dengan siapa di puncak kuasa, penyatuan ummahlah,” kata seorang lagi pengguna, AzimShafinyi.

Video yang tular itu mendapat hampir satu juta tontonan di kalangan netizen. - Getaran, 19 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 54 minit yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar