web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuti Kecemasan Kepada Penjawat Awam Terkesan Banjir, Swasta Disaran Ikut Serta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 7:53PM

Majikan swasta turut disaran memberi pekerja cuti berbayar. - Gambar hiasan oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua penjawat awam seluruh negara yang terkesan banjir diberikan cuti kecemasan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkara itu berkata, majikan swasta turut disaran memberi pekerja cuti berbayar atau ‘paid leave’ dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka.

“Kepada kakitangan awam yang terkesan akibat banjir, bila masuk kerja semula, bolehlah berbincang dengan ketua jabatan masing-masing untuk menentukan (cuti).

“Saya harap bila dah balik rumah, selesaikan cuci rumah dan sebagainya, bolehlah bekerja semula. Untuk setakat ini, kita bagi cuti. Untuk kakitangan swasta pula, kalau mereka setuju beri (cuti), dua perkara kita syaratkan iaitu tidak boleh ditolak daripada cuti tahunan dan tidak boleh dipotong gaji. Kalau cutinya lima hari, tak boleh potong gaji,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media petang tadi, susulan banjir yang melanda kebanyakan kawasan di negara ini sejak beberapa hari lalu.

Pada masa sama, Ismail Sabrit turut mengumumkan bantuan ehsan sebanyak RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah di seluruh negara yang terjejas akibat banjir.

“Seperti kita sedia maklum, kerajaan pada September lalu telah meningkatkan kadar Bantuan Wan Ihsan kepada RM1,000 setiap isi rumah.

“Jadi kita akan mempercepatkan bayaran kepada kawasan terlibat banyak seperti Selangor dan enam yang lain,” katanya.

Sementara itu Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyediakan peruntukan awal sebanyak RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain.

“Saya tahu banyak kerosakan berlaku. Jadi setakat ini kita akan menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk membaiki infrastruktur yang rosak akibat banjir,” katanya.

Beliau turut mengakui berlaku kelewatan kerajaan dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir semalam.

“Memang benar ada sedikit kelewatan berlaku semalam dari segi penghantaran makanan dan sebagainya. Saya dimaklumkan oleh Kementerian Alam Sekitar (KASA) bahawa hujan yang berlaku di Selangor semalam XD biasanya berlaku untuk satu bulan.

“Sebab itulah bila berlaku tiba-tiba seperti itu, maka berlakulah kekalutan. Sebab itu tidak ada persediaan untuk berpindah rumah dan sebagainya. Tak sangka air akan naik begitu cepat. Ada terpaksa menunggu di rumah untuk diambil agensi-agensi terlibat.

“Makanan tak dapat dihantar semalam sebab semua jalan ditutup. Jalan ditenggelami air. Kalau ada pun, jalan penuh dengan kereta yang tersangkut, tak memungkinkan lalu untuk menghantar makanan,” katanya. - Getaran, 19 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad