web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rayuan Pemilik Kucing Buta Terperangkap Banjir Undang Sebak Netizen

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 5:01PM

Kucing-kucing istimewa milik Nurull Ain.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rayuan seorang wanita, Nurull Ain Abdul Hamid di media sosial sejak tengah malam tadi, bagi mendapatkan bantuan untuk menyelamatkan 21 kucing buta dan lumpuh peliharaannya yang terperangkap akibat banjir, menimbulkan rasa sebak orang ramai.

Menerusi akaun media sosial menggunakan nama nurullainabdulhamid itu, dia memaklumkan setakat jam 8 pagi tadi, air sudah memenuhi kediamannya sehingga ke paras kepala menyebabkan dia terpaksa menempatkan haiwan berkenaan di tingkat dua.

Namun, paras air yang semakin naik membuatkan dia bertambah bimbang mengenai keselamatan diri dan semua haiwan berkenaan.

Keadaan dalam rumah Nurull Ain yang dinaiki air.
Keadaan dalam rumah Nurull Ain yang dinaiki air.

“Assalamualaikum semua mohon bantuan, kami terperangkap di rumah sekarang, lepas hantar anjing ke tempat selamat, kami patah balik semula ke rumah untuk urus kucing.

“Risau air makin naik, pada mula air cuma paras dada, sekarang dah melebihi kepala, please help (sila tolong), minta bantuan bot atau apa-apa sebab lori pun tak lepas masuk sini.

“Saya ada 21 ekor kucing dan semuanya kucing istimewa, buta kedua-dua belah mata dan lumpuh kedua-dua belah kaki.

“Rumah nombor 58, Jalan Tabah 25/24 Taman Sri Muda 40400 Shah Alam, elektrik tiada di sini, internet pun tiada sangat, bateri telefon semakin kurang, tolong semua mohon bantuan,” katanya menerusi hantaran awal mengenai perkara itu.

Selepas beberapa kali membuat permintaan mengenai perkara sama, Nurull Ain memuat naik satu hantaran kira-kira tujuh jam lalu memaklumkan tidak ada pihak datang menghulurkan bantuan biarpun dia sudah menunggu semalaman dengan paras air yang semakin meningkat.

“Assalamualaikum semua, semalaman saya tunggu bantuan tapi tak ada juga. Hujan dah berhenti tapi air makin naik, minta siapa-siapa yang boleh bantu selamatkan saya dan 21 kucing istimewa saya,” katanya.

Meskipun gambar keadaan kucing dan tulisannya itu menerima belasan ribu tanda suka dan ratusan komen, dia difahamkan masih belum menerima sebarang bantuan, khususnya daripada pihak berkuasa.

Video yang dikongsikan juga meraih lebih 100,000 tontonan.

Keadaan diluar rumah Nurull Ain yang banjir.
Keadaan diluar rumah Nurull Ain yang banjir.

Usaha Getaran mendapatkan perkembangan terkini Nurull Ain dan adakah dia serta kucing terbabit susah diselamatkan gagal apabila telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi, dipercayai akibat kehabisan bateri.

Menjengah ke ruangan komen, netizen melahirkan simpati mengenai keadaan wanita itu dan mendoakan supaya dia selamat serta dibantu segera.

Segelintir netizen lagi membuat pautan hantaran Nurull Ain ke pihak berkuasa, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Manakala, terdapat dalam kalangan mereka berkongsi situasi itu menerusi pautan ke akaun selebriti dan instafamous dengan harapan perkara berkenaan terus ditularkan bagi membolehkan dia dan kucingnya diselamatkan.

“Semoga ada yang boleh tolong akak, ada tengok orang kongsi kat Twitter cari orang untuk membantu, moga dipermudahkan kak, kekal selamat,” tulis seorang pelayar.

“Ya Allah, Allahuakhbar semoga ada insan yang dapat bagi bantuan secepatnya. Ya Allah selamatkanlah anak-anak kucing ini,” kata pelayar lain.

“@pdrmsia_official @bomba_malaysia,” komen seorang lagi pengikutnya. - Getaran, 19 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Remaja 14 Tahun Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 7 Pangsapuri 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar