web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JAKIM Anjur Solat Hajat Khusus Susulan Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 3:06PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat hajat khusus selepas Maghrib hari ini, bagi mendoakan agar banjir buruk yang melanda beberapa negeri, segera pulih.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Hakimah Mohd Yusoff berkata, solat hajat itu akan diadakan di Masjid Negera, Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya

“Berikutan situasi banjir yang melanda beberapa buah negeri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad sudah mengarahkan JAKIM untuk mengadakan solat hajat khusus bagi mendoakan situasi berkenaan.

“Solat ini akan diadakan di tiga buah masjid utama, iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,” katanya hari ini.

Hakimah berkata, Idris juga memohon kerjasama dan jasa baik setiap majlis dan jabatan agama Islam Negeri (JAIN) untuk turut mengadakan solat hajat di masjid serta surau di seluruh negara bagi tujuan sama.

Pada masa sama, katanya, Idris meminta supaya masjid utama terus cakna dengan mangsa banjir.

Jelasnya, pihak pengurusan institusi ibadah itu juga diminta sentiasa bersedia untuk dijadikan pusat penempatan mangsa banjir sekiranya diperlukan pihak berkuasa.

“JAKIM menzahirkan rasa simpati dan sentiasa mendoakan kepada semua mangsa banjir.

“Pihak kami turut menyeru seluruh lapisan masyarakat ‘Keluarga Malaysia’ untuk sama-sama menzahirkan keprihatinan terhadap mereka yang terjejas akibat banjir,” katanya. - Getaran, 19 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar