web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Jeritan Minta Tolong Tular Di Twitter Akhirnya Terjawab

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 1:56PM

Tangkap layar dari video media sosial menunjukkan sebuah kereta terkandas ditengelami air banjir.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Video bunyi jeritan individu meminta tolong dipercayai terkandas di laluan Batu Tiga, Shah Alam yang tular sejak malam tadi akhirnya terjawab.

Berdasarkan video dikongsi AkeemSharyzal di Twitter, individu terbabit dilihat terkandas di atas kereta bersama anaknya.

“Tolong aku,” jerit lelaki tersebut.

Jeritan tersebut turut mendapat perhatian penduduk yang tinggal di sebuah kondominium berdekatan.

Rata-rata mereka meminta lelaki itu supaya terus duduk di atas bumbung kereta yang hampir ditenggelami air.

“Jangan turun bang,” jerit seorang penduduk.

“Ya Allah kesiannya. Jangan turun,” kata seorang lagi penduduk di situ.

Susulan video yang tular itu, mangsa dan anaknya berjaya diselamatkan pasukan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) hampir jam 10 malam semalam.

“Alhamdulillah dah selamat. JPAM datang selamatkan orang tapi kereta memang tenggelam ja kat situ,” kata Serojaz.

Begitu pun ramai warganet meluahkan rasa berang terhadap kerajaan yang didakwa lambat menghulurkan bantuan kepada mangsa terjejas.

“Mana golongan pemimpin kayangan? Yang duk bercakap Keluarga Malaysia, keutamaan kebajikan rakyat, rakyat dan Raja berpisah tiada.

“Tapi bila rakyat susah melalui musibah, seekor pun tak de golongan kayangan ni ambil tindakan segera dan lancarkan bantuan secara besar-besaran,” kata AdukaHakim.

“Pihak berkuasa bomba etc memang sedang bekerja bertungkus-lumus sekarang. Yang pelik YB, ADUN, MP, MB pi mana??,” kata Puterav2wan.

Sementara itu, netizen turut digemparkan dengan penemuan mayat seorang mangsa banjir yang dipercayai maut akibat renjatan elektrik.

Difahamkan gambar mayat tersebut yang dikongsi Mulut_Cabai di Twitternya berlaku di Meru, Klang.

Mayat itu dilihat berada di atas sebuah motosikal dan kepala mangsa ditutupi payung.

“Allahuakbar. Katanya kena renjatan elektrik. Muda lagi nampak gayanya. Lokasi di Meru.

“Kerajaan mana? Tengah malam baru nak kerah. Dah lambat,” katanya. - Getaran, 19 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad