web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Selangor Terus Pertingkat Tindakan Segera Bantu Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 12:04PM

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menggerakkan anggota dan asetnya untuk membantu mangsa banjir di Selangor. Tinjauan dijalankan di sekitar Bukit Lanchong, Shah Alam, hari ini. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor sudah mengambil lapan tindakan segera bagi menangani banjir luar biasa yang melanda negeri itu, terutama Shah Alam sejak semalam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata tindakan itu adalah mengerahkan aset kerajaan negeri, seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu mangsa dan melancarkan pengurusan banjir.

Seramai 270 mangsa ditempatkan di PPS di Dewan Samudera SMK Pulau indah. - Gambar Alif Omar
Seramai 270 mangsa ditempatkan di PPS di Dewan Samudera SMK Pulau indah. - Gambar Alif Omar

Katanya, kerajaan negeri turut melaksanakan pengoperasian 46 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dilengkapi keperluan asas, seperti makanan, cecair pembasmi kuman dan kubikal bagi urusan peribadi setiap keluarga.

“Kerajaan Selangor menggerakkan pasukan sukarelawan Team Selangor dan SERVE bagi membantu proses menempatkan penduduk di PPS, agihan bantuan awal serta pembersihan selepas air surut.

“Selain itu, kerajaan negeri menyediakan tangki air bergerak di PPS oleh Air Selangor, manakala ujian saringan COVID-19 turut diadakan secara berkala dan percuma, termasuk di PPS bagi mangsa yang dikesan positif COVID-19,” katanya menerusi Twitter.

Banjir besar yang melanda Lembah Klang sejak semalam susulan hujan berterusan sejak Khamis lalu, mengakibatkan Kuala Lumpur dan Selangor hampir lumpuh.

Situasi itu turut menyebabkan laluan utama keluar dan masuk Shah Alam ditutup akibat dinaiki air sehingga ribuan kenderaan tersadai di sepanjang jalan serta lebuh raya sejak kira-kira jam 3 petang semalam.

Setakat pagi ini, ribuan mangsa dipindahkan ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air.

ATM menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir di sekitar Bukit Lanchong, Shah Alam, sejak semalam. - Gambar Alif Omar
ATM menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir di sekitar Bukit Lanchong, Shah Alam, sejak semalam. - Gambar Alif Omar

Amirudin berkata, kerajaan Selangor juga mengambil inisiatif menutup 134 pintu air bagi mengelakkan limpahan ke kawasan perumahan, malah 93 pam beroperasi secara penuh untuk mempercepatkan aliran ke perparitan sungai.

Bagi membolehkan rakyat terjejas mendapatkan bantuan jelasnya, koordinasi oleh Pusat Operasi Smart Selangor (SSOC) selama 24 jam juga disediakan.

“Usaha tindakan segera ini sedang dipertingkatkan.

“Setakat ini, taburan hujan sudah mencecah 380 milimeter (mm), iaitu dua kali ganda taburan hujan tertinggi yang dicatat sebelum ini, iaitu kira-kira 180 mm,” katanya. - Getaran, 19 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar