web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Lebih 14,000 Mangsa Dipindahkan Setakat Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 10:34AM

Laluan menuju Jalan Seremban – Simpang Pertang yang menghubungkan antara Jalan Pantai dan Jeram Toi, Jelebu, ditutup sementara kepada pengguna jalan raya susulan tanah runtuh di kawasan tersebut malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 14,000 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 5,189 orang pagi ini.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tujuh daerah di Pahang iaitu Raub, Lipis, Bentong, Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan dilanda banjir dengan 116 PPS dibuka setakat 9 pagi.

Banjir turut menyebabkan laluan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ditutup di kedua-dua hala membabitkan Kilometer (KM) 113.4, KM84.6, KM198.7 dan KM74.4 setelah dinaiki air manakala hanya kenderaan berat dibenarkan melalui KM75.1.

Pemegang konsesi lebuh raya itu, ANIH Bhd memaklumkan KM66.4 hingga KM66.1 arah ke Kuala Lumpur juga masih ditutup bagi kerja pembersihan akibat banjir lumpur, selain kejadian tanah runtuh menyebabkan KM67.8 dan KM69.5 ditutup bagi semua kenderaan untuk laluan ke ibu negara.

Hujan berterusan juga menyebabkan bacaan di 19 stesen sungai di Pahang melebihi paras bahaya antaranya Sungai Jelai di Lipis, Sungai Tembeling (Jerantut), Sungai Bentong (Bentong), Sungai Semantan (Temerloh), Sungai Pahang (Temerloh) dan Sungai Lembing serta Sungai Belat di Kuantan. 

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat berterusan peringkat bahaya akan berlaku di Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan hari ini, manakala Temerloh, Maran dan Pekan dijangka dilanda hujan lebat berterusan tahap buruk.

Keadaan di Lebuhraya Persekutuan, pagi tadi. - Gambar @_fahmi_aziz
Keadaan di Lebuhraya Persekutuan, pagi tadi. - Gambar @_fahmi_aziz

Di SELANGOR, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor memaklumkan beberapa jalan ditutup untuk laluan kenderaan di sesetengah kawasan susulan banjir.

Jalan-jalan tersebut termasuk di bawah seliaan kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Klang Utara, Sungai Buloh, Subang Jaya, Kuala Langat, Sepang dan Shah Alam.

Sementara itu, Info Bencana JKM memaklumkan 4,596 orang dipindahkan setakat 7 pagi ini, membabitkan pembukaan 55 PPS.

Di KELANTAN, mangsa banjir terus menunjukkan peningkatan setakat 8 pagi ini, dengan 3,652 orang daripada 826 keluarga ditempatkan di 44 PPS.

Pegawai Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan Kapt Mohd Hanif Omar berkata 21 PPS dibuka di Kuala Krai, 15 di Gua Musang, empat di Jeli dan masing-masing dua di Tanah Merah dan Pasir Mas.

Portal rasmi eBanjir Kelantan melaporkan lima sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai yang merekodkan bacaan 27.06 meter (m), Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (16.94 m), Sungai Lebir di Tualang (36.59 m), Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah (24.01 m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.04 m).

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat sedikit kepada 261 orang daripada 88 keluarga setakat 9 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu dalam satu kenyataan memaklumkan Dungun merupakan satu-satunya daerah yang dilanda banjir ketika ini dengan tiga PPS beroperasi.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 563 orang daripada 112 keluarga melibatkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 6 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad