web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Klang, Sepang Paling Teruk Terjejas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 8:30PM

Sebuah rumah di Meru, Klang ditenggelami banjir susulan hujan lebat sejak semalam. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Klang dan Sepang merupakan dua daerah paling teruk terjejas banjir di negeri ini susulan hujan lebat sejak semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata selain itu, kawasan Shah Alam, Banting dan Kuala Langat pula mengalami peningkatan paras air hingga melibatkan pemindahan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS).

"Kepada orang ramai, kita (polis) mengharapkan mereka lebih berhati-hati dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa supaya tidak terperangkap dalam banjir," katanya pada sidang media secara maya melalui Facebook Polis Klang Selatan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai terutama kanak-kanak supaya menjauhi kawasan banjir bagi mengelak kejadian tidak diingini. 

Menurut Arjunaidi, tinjauan pihaknya di sekitar Pelabuhan Klang mendapati keadaan air di kawasan tersebut masih terkawal namun paras air semakin meningkat di beberapa tempat terutama di sungai-sungai utama di Selangor.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata dua pengunjung hotel di Shah Alam hampir lemas ketika sedang mengalihkan kenderaan di ruang parkir bawah tanah bangunan tersebut kira-kira 3.30 petang tadi.

"Anggota bomba bertindak mengeluarkan kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu sebelum paras air naik," katanya. 

Norazam berkata pihaknya turut mengalami masalah apabila jentera bomba terkandas akibat banjir ketika menuju ke lokasi mangsa namun kenderaan itu dapat bergerak tidak lama kemudian. 

Menurut laman sesawang Info Bencana Jabatan Kemajuan Masyarakat, 41 PPS dibuka di Selangor setakat 7 malam tadi bagi menempatkan seramai 3,361 mangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad