web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


9 Mangsa Sempat Hadiri Kenduri, Kakak Mahu ‘Ikut’ Adik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 3:03PM

Nurul Atika Buyong tidak dapat menahan kesedihan selepas kakaknya bersama anak maut dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam semalam. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sembilan beranak yang maut dalam kemalangan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya ELITE, malam tadi, sempat menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Melaka.

Nahas yang meragut nyawa ahli keluarga Abdul Razak Majit, 50, itu berlaku ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Padang Jawa, Klang.

Mangsa yang terkorban adalah isteri Abdul Razak, Norul Naziah Buyong, 37, bersama lapan anaknya iaitu Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah Abd Razak, 12; dan Muhamad Aizat Syazwan, 10.

Turut terkorban ialah Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.

Selain daripada sembilan beranak itu, tragedi berkenaan turut mengorbankan seorang mekanik yang cuba membantu keluarga mangsa iaitu Mohamad Rahimi Rolex, 27.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta Proton Wira dipandu Abdul Majid mengalami masalah pada bahagian bateri sebelum dia bertindak menghentikan kenderaan tersebut di lorong kecemasan.

Abdul Razak Majid, 50, hanya cedera ringan namun isteri serta 8 anaknya maut dalam kemalangan di kawasan Rehat dan Rawat USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam semalam. - Gambar oleh Azim Rahman
Abdul Razak Majid, 50, hanya cedera ringan namun isteri serta 8 anaknya maut dalam kemalangan di kawasan Rehat dan Rawat USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam semalam. - Gambar oleh Azim Rahman

Kereta itu bagaimanapun dirempuh sebuah treler, menyebabkan sembilan sekeluarga itu dan Mohamad Rahimi meninggal dunia.\

Adik kepada Norul Naziah, Nurul Atika, 33, berkata, kesemua mangsa termasuk abang iparnya, Abd Razak Majid, 50, berhenti di lokasi kejadian kerana kereta dinaiki mengalami kerosakan selepas pulang dari kenduri di Melaka, kira-kira jam 10.09 malam.

“Pada waktu itu, saya ada menghubungi kakak yang memaklumkan mengenai kerosakan tersebut.

“Saya difahamkan ketika kejadian kakak dan lapan anaknya menunggu dalam kereta Wira itu sebelum kemalangan berlaku,” katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Shah Alam di sini, hari ini.

Menurutnya, dia masih terkejut dan tidak menyangka kata-kata arwah menjadi petanda awal pemergiannya.

“Minggu lalu, kami ada bertemu dan dia ada bertanya adakah saya akan sedih jika dia ‘ikut’ seorang adik kami yang meninggal dunia akibat COVID-19.

“Saya tidak menduga ia menjadi kenyataan dan masih tidak dapat menerimanya kerana hubungan kami terlalu akrab,” katanya.

Tambah Nurul Atika, seorang lagi anak lelaki mangsa yang berusia 14 tahun terselamat kerana tidak mengikuti keluarga berkenaan ketika kejadian.

Mangsa yang turut cedera antaranya Ihyat Sufi Shokip, 20; Mimie Nafiesa Abdullah, 19; dan Ummi Nasuha Annuwar, 20.

Pemandu treler serta dua penumpangnya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. - Getaran, 18 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

3

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

4

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

5

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

6

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar