web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kit RTK-Antigen Berupaya Kesan Varian Omicron - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 12:40PM

Kit ujian kendiri Antigen (RTK-Ag) COVID-19

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Varian Omicron boleh dikesan menggunakan kit ujian kendiri Antigen (RTK-Ag) COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, kit ujian antigen itu dapat mengesan protein nukleokapsid virus.

“Bolehkah Ujian Kendiri Antigen mengesan Omicron? Jawapannya adalah ya.

“Ini kerana gen sasaran untuk RTK-Ag adalah protein nukleokapsid yang tinggi, menjadikan gen itu sasaran ideal untuk RTK-Ag,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Malah beliau berkata, sehingga hari ini tiada laporan mengenai kegagalan mengesan varian Omicron menggunakan RTK-Ag sedia ada.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi pengguna di Twitter yang teruja mengenai maklumat terbaharu itu.

Di sebalik keberkesanan kit ujian kendiri itu, seorang netizen turut bertanya mengapa kes pertama varian Omicron berjaya melakukan perjalanan ke Ipoh, Perak, awal bulan ini tanpa dapat dikesan.

Menjawab pertanyaan itu, Dr Noor Hisham berkata, pelajar dari Afrika Selatan itu dikesan positif COVID-19 dan diarahkan menjalani pengasingan selama 10 hari.

Hantaran tersebut mendapat lebih 3,000 ulang kicau dan 3,006 tanda suka di kalangan warganet.

Terdahulu Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 58 kit ujian kendiri COVID-19 telah diberikan kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan dibenarkan dijual kepada orang awam.

Kit ujian kendiri itu memerlukan sama ada sampel sapuan hidung atau air liur untuk mendapatkan keputusan COVID-19 dalam tempoh 15 hingga 20 minit.

Setakat kelmarin, satu lagi kes varian Omicron dikesan di negara ini membabitkan seorang kanak-kanak wargangeara Malaysia berusia lapan tahun yang tiba di negara ini dari Lagos, Nigeria.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif varian Omnicron di Malaysia sebanyak dua kes.

Namun katanya, sebanyak 18 kes lagi masih menunggu keputusan pengesahan jujukan genom penuh (WGS) selepas menunjukkan kemungkinan varian Omicron.  - Getaran, 18 Disember 2021

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

3

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

4

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

5

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

6

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad