web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ada Cubaan Sembunyi Maklumat SRC International - Shafee Abdullah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 7:35PM

Muhammad Shafee keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam bela bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa, terdapat cubaan untuk menyembunyikan sejumlah besar maklumat kes SRC International daripada mereka.

Ketua pasukan pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya sedang cuba mendapatkan semua bukti dimaksudkan bagi membolehkan ia difailkan sebagai keterangan baharu.

Menurut beliau, semua maklumat tersebut cuba disembunyikan secara aktif dan tidak dimaklumkan kepada pihak pembelaan.

“Untuk makluman semua, kita juga ada maklumat yang datang dan baru kita dapat tahu, yang disembunyikan.

“Ia tidak pernah diberitahu kepada kita oleh mana-mana pihak termasuk pendakwaan, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mahu pun pihak polis. Tapi sekarang kita dapat tahu,” katanya dalam satu sidang media secara maya hari ini.

Ketika ditanya mengenai butiran maklumat itu Shafee berkata, ia tidak boleh didedahkan bagi membolehkan pengesahan dibuat terlebih dahulu sebelum permohonan baharu difailkan kepada Mahkamah Persekutuan.

“Kami harap ia dapat difailkan dalam jangka masa dua bulan, tapi kadang-kadang untuk cari dokumen dalam keadaan banyak pihak berkuasa cuba menyembunyikannya memang susah.

“Namun kita akan cari jalan untuk mendapatkannya,” tegasnya.

Shafee memberitahu, pihaknya sudah memfailkan enam rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan terhadap Najib dalam kes SRC International pada 8 dan 15 Disember lalu.

“Kita akan tulis kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendengar rayuan pertama dahulu iaitu berkenaan dengan penolakan beberapa keterangan baharu,” katanya.

Pada 8 Disember lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib, atas kesalahan menyeleweng dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib dengan tuduhan berkenaan. - Getaran, 17 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

3

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

4

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

5

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

6

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 minit yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar