web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tambah Baik Sistem RFID, Pastikan Tiada Masalah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 6:05PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sistem pengesanan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) perlu diperkemaskan sebelum penggunaannya dilaksanakan secara meluas.

Majoriti pengguna yang sudah menggunakan teknologi berkenaan mengakui, sistem terbabit mampu mengurangkan kesesakan jalan raya namun beberapa titik kelemahan perlu diperbaiki.

Pekerja sektor swasta, Mohd Akmal Mohd Nor, 37, berkata, penggunaan RFID sememangnya baik dari aspek teknologi, namun Malaysia masih terkebelakang jika mahu dibandingkan dengan Singapura dan Filipina.

Mohd Akmal Mohd Nor
Mohd Akmal Mohd Nor

Menurutnya, pihak berwajib perlu memperkemaskan sistem pengesanan pada RFID yang merupakan masalah utama kepada pengguna jalan raya.

“Berdasarkan pengalaman saya yang sudah menggunakan sistem ini sejak diperkenalkan, jarak pengesanannya kadang-kadang menjadi masalah kerana tidak berapa berkesan sehingga menyebabkan pengguna lorong RFID terpaksa menunggu lama.

“Saya juga merasakan penggunaan SmartTAG lebih berkesan dan mudah,” katanya kepada Getaran.

Sementara itu, seorang pengguna RFID, Muhammad Jaya Iqmal Muhammad, 32, berkata dia menyokong penggunaan sistem terbabit diperluaskan bukan saja di plaza tol tertentu malah ke seluruh negara.

“Dengan menggunakan RFID, orang ramai tidak perlu untuk membuat tambah nilai di kaunter dan risau bateri habis seperti penggunaan SmartTAG atau dalam erti kata lain, hassle-free.

“Namun, sistem pengesanannya perlu ditambah baik untuk mengelakkan masalah kepada pengguna. Saya sendiri sudah dua kali terpaksa mengundur dan menukar ke lorong Touch n Go disebabkan masalah ini,” katanya.

Muhammad Jaya Iqmal Muhammad
Muhammad Jaya Iqmal Muhammad

Izzuddin Hamdan atau Izzy Hamdan, 33 pula berpendapat, penggunaan RFID akan mengambil masa disebabkan tiada promosi meluas untuk menguar-uarkan kebaikan teknologi ini.

Bagaimanapun katanya, sistem RFID adalah satu teknologi yang efisien, khususnya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya bertol.

“Sepatutnya semua plaza tol di seluruh negara sudah mula beralih kepada penggunaan sistem RFID, namun sebelum ia diperluaskan, sistem pengesanannya perlu ditambah baik terlebih dahulu.

“Penggunaan RFID juga mampu mengelakkan kecurian seperti yang selalu dilaporkan oleh pengguna SmartTAG kerana ia boleh dibatalkan pada bila-bila masa jika dicuri,” katanya.

Izzuddin Hamdan
Izzuddin Hamdan

Media semalam melaporkan, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan menggunakan RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor bermula 15 Januari depan.

Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan, pelaksanaan itu akan menjadikan lorong RFID disediakan di seluruh jaringan infrastruktur lebuh raya bertol di pantai barat Semenanjung, selaras dengan kehendak dan keperluan pengguna lebuh raya.

Menurut KKR lagi, kutipan tol menggunakan kad Touch n Go dan SmartTAG masih diteruskan buat ketika ini, namun kedua-duanya akan dihentikan secara berperingkat untuk memberi ruang kepada pembukaan lebih banyak lorong RFID. - Getaran, 17 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tak Salah Beralah, Ketepikan Ego

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

3

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

4

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

5

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

6

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar