web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bot Karam: 1 Mayat Ditemukan, Seorang Yang Terselamat Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 3:26PM

Kakitangan KKM mengusung mayat lelaki yang dipercayai mangsa bot karam Tanjung Balau di Kompleks LKIM Pengerang dekat Tanjung Batu Layar hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Satu lagi mayat lelaki dipercayai mangsa insiden bot karam Tanjung Balau, ditemukan terapung berdekatan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Tanjung Batu Layar, di sini, kira-kira lima batu nautika dari lokasi kejadian.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Johor Kepten Maritim Simon Templer Lo Tusa berkata mayat berkenaan dijumpai berpakaian lengkap tanpa kasut dan berdasarkan pemerhatian, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih dua hari.

Beliau berkata mayat berkenaan ditemukan oleh nelayan kira-kira 9.50 pagi dan akan dibawa ke rumah mayat untuk dibedah siasat dan proses pengecaman.

“Selain itu, saya juga dimaklumkan bahawa seorang mangsa bot karam yang terselamat tempoh hari dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi. Punca kematian masih dalam proses tindakan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita di LKIM di sini, hari ini.

Simon berkata mangsa yang selamat itu meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi pada pukul 4.15 pagi.

Terdahulu, Simon dalam satu kenyataan berkata sektor pencarian meliputi Tanjung Balau hingga Tanjung Penawar.

Sebanyak tiga pesawat udara digerakkan bagi pencarian udara hari ini melibatkan sebuah helikopter AW139 daripada Maritim Malaysia, sebuah helikopter Pasukan Gerakan Udara dan helikopter Mi-17 daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Menurutnya, pencarian di laut akan melibatkan lima aset laut iaitu sebuah kapal maritim KM Tegas selaku ‘On Scene Coordinator’, sebuah bot tentera laut dan tiga aset polis marin iaitu sebuah kapal dan dua bot.

Simon berkata pencarian di pesisir pantai diteruskan oleh agensi lain terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia, bomba, polis dan juga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Operasi SAR hari ini melibatkan seramai 128 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi.

Dengan penemuan dan status terbaharu itu, jumlah korban bot karam meningkat kepada 21 orang dan yang masih hilang dikhuatiri melebihi 17 orang.

Pada tragedi pagi Rabu, seramai 50 pendatang tanpa izin warga Indonesia dilaporkan terlibat dalam insiden bot karam di perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Anggota Polis Korban Bot Karam Kapit Selamat Dikebumi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Anggota Polis, Korban Terakhir Tragedi Bot Karam Di Kapit Ditemukan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Identiti Mayat Wanita Ditemukan Disimen Dalam Kolah Masih Belum Dikenal Pasti

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

3

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

4

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

5

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

6

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar