web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


HRD Corp Sedia Peluang Jana Pendapatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 12:30PM

Datuk Ariff Farhan Doss - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) komited dalam menjalankan tanggungjawab menyampaikan latihan kemahiran kepada kira-kira 500 ribu rakyat Malaysia yang sedang menganggur, kata Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Ariff Farhan Doss.

Menurut beliau, sejak pandemik COVID-19, angka kadar pengangguran dilihat semakin bertambah dan berada di tahap membimbangkan, justeru pihaknya berhasrat untuk menyampaikan latihan kemahiran kepada golongan sasar agar mereka berupaya mendapat peluang pekerjaan.

Katanya, terdapat kekangan dan cabaran bagi merealisasikan hasrat tersebut, tetapi HRD Corp akan berusaha mendapatkan dana yang cukup serta menyediakan struktur atau platform tepat sebagai orang tengah antara pihak universiti dengan sektor pekerjaan.

“Dari segi cara kita menggalas tanggungjawab melalui dana levi untuk menguruskan kemahiran, ia merupakan fungsi utama dan bukanlah satu cabaran besar kerana menjadi skop perniagaan sejak awal.

“Tetapi peranan yang lebih besar yang digalas sejak pandemik adalah, masih ramai yang belum mendapat peluang pekerjaan lagi,” katanya dalam satu program bual bicara bertajuk HDR Sedia Peluang Jana Pendapatan yang disiarkan secara langsung di Facebook Malaysia Gazette.

Ariff bagaimanapun mengakui, kebanyakan pelajar lepasan universiti atau kolej masih belum bersedia untuk bekerja.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebelum tahun 2021, pihaknya hanya menjaga beberapa sektor seperti perkhidmatan dan sektor pembuatan, tetapi kini tanggung jawab HRD Corp semakin besar apabila turut menyelia semua sektor kecuali agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Sebelum Mac 2021, pihak kami menjaga sebanyak 23 ribu majikan, tetapi jumlah tersebut bertambah kepada 55 ribu majikan sejak Mac hingga kini.

“Kami juga menganggarkan dalam setahun dua ini akan menerima sekitar 50 ribu majikan, dan daripada jumlah tersebut, pihak HRD Corp juga akan mengendalikan dua juta pekerja hujung tahun depan,” katanya.

Ariff memberitahu, HRD Corp dijangka memantau sekitar enam juta pekerja menjelang 2023.

“HRD Corp telah diberi mandat oleh kerajaan supaya melahirkan pekerja cemerlang dan mampu menjana pendapatan melalui sektor formal atau tidak formal.

“Sebagai satu badan kerja korporat, gerak kerja kami juga sudah berubah. Pandemik yang kita hadapi ini bukanlah berada di peringkat yang terakhir tetapi kita akan berhadapan dengan isu lebih besar seperti krisis ekonomi, politik, kesihatan dan sebagainya,” katanya.

HRD Corp sebelum ini dikenali sebagai agensi yang bernaung di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM), dengan nama Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Bukan hanya diberi mandat mengumpul kutipan levi daripada majikan berdaftar, HRDF turut bertanggungjawab mengeluarkan geran untuk program latihan serta peningkatan kemahiran pekerjaan.

Namun selepas 28 tahun penubuhannya, HDRF yang dijenamakan semula sebagai Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) kini menggalas tanggungjawab lebih besar sebagai agensi pusat sehenti untuk semua program pembangunan modal insan. - Getaran, 16 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Audit HRD Corp: SPRM Kenal Pasti Bebeapa Individu Untuk Bantu Siasatan

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad