web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Geng Dubuk Samun Ragut' Tumpas, 4 Ahli Dicekup

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 5:35PM

Cha Hoong Fong - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Sekumpulan empat penjenayah yang menyasar mangsa bergerak secara sendirian terutamanya wanita sebelum melakukan samun dan ragut ditahan polis, pada 9 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kumpulan dikenali sebagai Geng Dubuk Samun Ragut itu dipercayai bergiat aktif melakukan jenayah samun jalanan di sekitar kawasan Klang Selatan sejak Julai lalu.

"Tangkapan ke atas semua suspek adalah susulan laporan polis oleh salah seorang mangsa lelaki berumur 55 tahun yang diragut pada 25 September lalu.

"Menurut pengadu, dia yang berjalan seorang diri di Lorong Resak, Taman Palm Grove di sini didatangi dua lelaki dari arah belakang yang menaiki motosikal lalu bertindak meragut beg sandang di bahu kanannya dan kemudian melarikan diri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, berikutan maklumat diperolehi, polis berjaya menahan empat suspek lelaki tempatan di sekitar daerah Klang.

Tambah beliau, polis turut merampas empat unit telefon bimbit serta sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR yang disyaki dicuri.

"Semakan mendapati, semua suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah," jelasnya.

Difahamkan, suspek juga pernah ditangkap atas kesalahan jenayah sama pada 2017 dan diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) oleh Polis Klang Selatan.

"Suspek juga diletakkan di bawah pengawasan polis di Balai Polis Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang selama dua tahun bermula 1 November 2017 hingga 31 Oktober 2019," katanya.

Beliau berkata, pengakuan awal kesemua suspek terbabit dalam 20 kes samun dan ragut sekitar kawasan pentadbiran IPD Klang Selatan yang dilakukan secara berkumpulan dan individu.

"Kesemua suspek lelaki yang berumur 26 hingga 42 tahun itu direman sehingga 19 Disember depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

"Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti pembabitan mereka dalam kes-kes lain serta mengesan barang kes yang berkaitan," ujarnya. - Getaran, 15 Disember 2021.

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar