web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Reman Pegawai Agensi Penguatkuasa Disyaki Terlibat Kes Samun Dilanjutkan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 5:01PM

Noor Dellhan Yahaya - Gambar dari Facebook Polis Dang Wangi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tempoh reman membabitkan seorang pegawai sebuah agensi penguatkuasaan yang disyaki terlibat dalam kes samun dengan jumlah kerugian RM700,000, disambung sehingga Isnin depan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata siasatan terperinci sedang giat dijalankan oleh pihaknya berhubung kes terbabit.

“Reman pegawai agensi penguatkuasa terbabit disambung sehingga 20 Disember depan.

“Siasatan sedang giat dijalankan dan perkembangan terkini akan dimaklumkan kelak,” katanya ringkas kepada pihak media.

Bagaimanapun, menurut beliau seorang lagi suspek diberi jaminan polis sebelum dilepaskan dan sehingga kini seramai 17 individu sudah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Sebelum ini, media melaporkan, dua individu termasuk seorang pegawai agensi penguatkuasa ditahan selepas disyaki terbabit kes rompakan berkumpulan di sebuah rumah di Jalan Ampang.

Dalam kejadian 12 tengah hari Jumaat lalu, tiga lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai penguatkuasa sebuah agensi penguatkuasa memecah masuk rumah seorang ahli perniagaan berusia 50-an.

Polis masih lagi dalam proses mengesan seorang suspek yang masih bebas.

SPRM dalam kenyataan mengesahkan seorang pegawai suruhanjaya itu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah. – Getaran, 15 Disember 2021

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar