web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Pelajar MRSM Terbabit Buli Ditamatkan Pengajian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 5:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepuluh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang terbabit dalam kes buli 10 Disember lalu, ditamatkan pengajian berkuatkuasa hari ini.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, perkara berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) selepas dikaji dengan teliti.

Menurut beliau, MARA memandang serius insiden berkenaan dan hukuman dijatuhkan itu adalah bukti bahawa organisasi berkenaan  sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku, di mana-mana institusi pendidikan milik mereka.

“Pihak MARA mengambil serius kejadian buli yang berlaku minggu lalu itu dan hukuman yang telah diputuskan ini menunjukkan pihak kita tegas dan tidak berkompromi terhadap kesalahan buli dalam kalangan pelajar di bawah mana-mana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) mahupun tajaan MARA.

"Ibu bapa pelajar berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan dibuat jawatankuasa tersebut," katanya di sini hari ini.

Tegas Azhar, keputusan tersebut bukan sahaja pengajaran kepada pelajar terlibat, tetapi wajar dijadikan contoh dan iktibar agar ia tidak berulang di masa hadapan.

“Kita di MARA tentunya hendak melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, tetapi juga mempunyai sahsiah diri serta tingkah laku terpuji dan diterima masyarakat,” katanya.

Beliau menarik perhatian, keputusan penamatan pengajian itu dibuat berdasarkan garis panduan yang telah dinyatakan dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM.

Dalam perkembangan berkaitan Azhar berkata, MARA amat komited dalam menangani setiap kes buli dengan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP), melalui penguatkuasaan peraturan sekolah.

“Selain melaksanakan pemantauan secara berterusan, segala aktiviti pelajar termasuk proses pembelajaran di dalam kelas juga akan dikawal bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang,” ujarnya. - Getaran, 14 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Promosi Produk Tempatan Di Pasaran Antarabangsa Secara Kolektif, Berstruktur

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kepada Remaja Ditemukan Lemah Di Masjid Buat Laporan Polis

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 3 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar