web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Ganti' Nyawa, Lelaki Lemas Bantu Pelancong

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 8:19AM

Anggota bomba memberikan bantuan kecemasan kepada Estilly Lieo Uainis, yang lemas ketika cuba menyelamatkan seorang pelancong di Kampung Marang Parang, Kudat, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUDAT - Niat murni seorang pemuda mahu menyelamatkan seorang pelancong daripada lemas, tidak kesampaian apabila dia pula terkorban selepas dihanyutkan ombak di Kampung Marang Parang, di sini, semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa,  Estilly Lieo Uainis, 19, yang juga pekerja sebuah resort di situ dikatakan terdengar jeritan seorang pelancong wanita dari arah pantai, dipercayai hampir lemas.

Mangsa yang baru bekerja di situ selama dua minggu, bergegas lari ke arah jeritan berkenaan sebelum dikatakan terjun ke laut untuk menyelamatkan wanita terbabit.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mangsa apabila dia dilaporkan hilang dibawa arus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas ketika dihubungi Getaran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.38 pagi.

"Sepasukan pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 30 kilometer dari BBP Kudat.

"Sebaik kami tiba, mangsa baru sahaja ditemui orang ramai sekitar jam 12.15 tengah hari.

"Melihat keadaan itu, anggota bomba bertugas cuba memberikan bantuan kecemasan awal bagi menyelamatkan nyawa pemuda tersebut," katanya.

Dia bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia oleh anggota bomba yang tiba sejurus selepas itu.

Menurut Ishak, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi mencari serta menyelamat ditamatkan pada jam 1.35 petang.

"Saya mahu menasihatkan orang ramai khususnya yang berada di tepi pantai sekitar daerah ini untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan pantai.

"Sebolehnya, elakkan mandi jika keadaan laut bergelora atau berombak tinggi," katanya. - Getaran, 14 Disember 2021

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad