web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Ambil Keterangan Lelaki Berlagak Marsyal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 8:05AM

Tular di media sosial menunjukkan aksi marsyal menggunakan sebuah kereta untuk memberi laluan kepada konvoi kereta di lampu isyarat Pekan Sitiawan. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis telah merakam percakapan seorang lelaki yang dipercayai menunjukkan aksi sebagai seorang marsyal dengan mengarahkan kenderaan lain ke tepi dan berhenti untuk memberi laluan kepada konvoi kereta di lampu isyarat Pekan Sitiawan semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Chong Boo Khim berkata keterangan itu diambil berikutan laporan polis dibuat kira-kira pukul 2.29 petang selepas insiden konvoi melibatkan beberapa kenderaan yang datang dari arah Seri Manjung hala Tokong India itu tular menerusi laman sosial Facebook.

"Susulan itu, lelaki berusia 29 tahun itu telah dirakam percakapan dan polis telah merampas sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna kelabu berjalur kuning," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata ujian saringan air kencing ke atas lelaki yang bekerja sebagai pemandu berkenaan mendapati dia negatif dadah dan siasatan lanjut sedang diteruskan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu galangan disebabkan kenderaan di jalan.

Terdahulu, kejadian dipercayai melibatkan beberapa kenderaan itu tular di laman sosial Facebook menggunakan nama Jusshairi Jauhhari dengan tajuk 'Seperti polis mengarahkan kenderaan lain ke tepi dan berhenti untuk memberi laluan kepada konvoi mereka'. - Bernama

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad