web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenaikan Harga Makanan, Minuman Perlu Terap Situasi ‘Menang-Menang’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2021 12:04PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenaikan harga makanan dan minuman di restoran perlu menerapkan situasi ‘menang-menang’ bagi memastikan pengusaha memperoleh keuntungan lebih tinggi dan pelanggan tidak terbeban.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata dalam situasi perniagaan dibenarkan beroperasi semula dan menerima pelanggan secara ‘dine in’ dengan lancar selepas ditutup beberapa bulan sementara akibat pandemik COVID-19, pastinya pengusaha masih sedang berusaha menjana kembali kewangan serta keuntungan.

Katanya, apabila kos barangan asas dan bahan mentah meningkat dalam fasa pemulihan perniagaan itu, kenaikan harga makanan serta minuman adalah wajar untuk menampung keperluan operasi, malah tidak adil sekiranya mereka terus terbeban dengan pulangan sedikit diperoleh kini.

“Namun jika mereka perlu menaikkan harga, kita (FOMCA) harap kenaikan itu jangan terlalu meningkat dan jangan terlalu mendadak.

“Mereka (pengusaha) harus faham pengguna pun tersepit juga dalam kenaikan harga barangan dan turut menghadapi masalah pekerjaan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mohd Yusof Abdul Rahman
Mohd Yusof Abdul Rahman

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan, bahawa pengusaha perniagaan itu dijangka terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman bermula tahun depan.

Jelasnya, keputusan itu berkemungkinan perlu diambil sekiranya kenaikan harga barangan asas serta bahan mentah berterusan.

Mohd Yusof berkata, pihaknya memahami kesukaran dialami pengusaha restoran ketika ini, namun meminta mereka terus memikirkan untuk tetap menjaga pelanggan

“Kalau mereka menaikan harga terlalu tinggi dan mendadak, kebimbangan yang mungkin timbul adalah pengguna akan mengurangkan melanggan dan sebagainya.

“Pengusaha ini kena jaga pelanggan kerana mereka ini sebenarnya boleh membantu meningkatkan perniagaan,” katanya.

Mengulas mengenai saranan pihak tertentu untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan pemantauan lebih tegas, Mohd Yusof berkata, sebenarnya bidang kuasa pihak berkenaan adalah menguatkuasakan peruntukkan undang-undang sedia ada.

Bidang kuasa itu, katanya, termasuk melihat kepada peraturan berhubung peletakan dan pemantauan tanda harga, justeru jika pihak restoran atau penjual mempamerkannya walaupun nilai ditetapkan adalah mahal, tindakan terbabit bukan satu kesalahan.

Menurut Mohd Yusof, apabila ada individu, mengadu harga makanan dikenakan mahal, barulah tindakan susulan akan dibuat pihak pasukan penguat kuasa KPDNHEP untuk menyiasat aduan terbabit.

“Tetapi kalau mereka meletakkan tanda harga walaupun mahal, restoran itu tidak melakukan kesalahan selagi tak ada aduan, jadi pihak pasukan penguat kuasa tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan.

“Sekiranya tidak ada senarai harga atau ada tanda harga tetapi menerima aduan berhubung harga tinggi dikenakan, pihak pasukan ini boleh mengambil tindakan dengan memberikan notis kepada restoran dan mengenakan kompaun,” katanya. - Getaran, 12 Disember

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengusaha Restoran Bertahan Tidak Naikkan Harga Demi Pelanggan

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad