web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Duduki Kerusi IMO 9 Penggal Berturut-Turut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2021 8:15AM

Wee Ka Siong - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia sekali lagi dipilih menduduki satu daripada 20 kerusi Ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bagi Kategori C dalam Perhimpunan IMO penggal 2022-2023, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

Dalam kenyataan semalam, beliau berkata keputusan semasa sesi ke-32 Perhimpunan IMO yang bermula dari 6 hingga 15 Disember itu sekali gus menjadi kemenangan Malaysia buat penggal kesembilan berturut-turut.

Katanya Malaysia adalah antara 27 negara anggota yang bersaing dengan mendapat 128 undi daripada 159 undi manakala satu undi tidak sah dan tiada yang berkecuali.

“Ini juga merupakan detik bermakna buat negara sempena ulang tahun ke-50 Malaysia sebagai negara anggota IMO sejak tahun 1971, (dan) 2006-2007 merupakan penggal pertama kita menduduki Ahli Majlis IMO,” katanya.

Menurut Ka Siong pemilihan itu adalah penghormatan dan tanggungjawab kepada Malaysia memandangkan industri perkapalan merupakan satu daripada industri penting dalam pengangkutan barangan dalam negara serta pemangkin pertumbuhan ekonomi.

Selain itu, pelabuhan di Malaysia dan industri perkapalannya memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara, dengan kepentingan modal insan dalam industri perkapalan dan maritim turut akan mendapat manfaat hasil pemilihan semula Malaysia ke Majlis IMO.

Ka Siong berkata pemilihan semula itu bergantung pada komitmen jangka panjang dan sumbangan negara dalam program serta hala tuju IMO dan agensi di bawahnya, selain ia juga mencerminkan pengiktirafan Malaysia atas kerjasama keselamatan marin, perlindungan alam sekitar, kebajikan dan hak pelaut.

“Malaysia merakamkan setinggi penghargaan kepada semua negara anggota, rakan-rakan kongsi dan rakan sekerja dalam Perhimpunan IMO untuk mesyuarat yang berjaya dan berpandangan jauh ke hadapan.

“Sokongan dan kerjasama mereka dalam banyak perkara di bawah payung IMO akan memacu usaha Malaysia untuk membangunkan industri maritim dan berkaitan mengikut Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Malaysia turut meletakkan harapan sebagai Ahli Majlis yang bertanggungjawab dan komited untuk terus bekerjasama dengan IMO dan negara anggota bagi misi jangka panjang dalam mempromosikan pengangkutan selamat, terjamin, mesra alam, cekap dan mampan untuk semua negara dan komuniti seluruh dunia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Dunia Alu-Alukan Penerimaan Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Israel Terhadap Pusat Agihan Makanan PBB Di Rafah

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar