web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perjumpaan 19 Datuk Bandar Bukan Untuk Serang Sabah - Pengarah KDNKA

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 7:10PM

Ahmad Fuad menyerahkan dokumen serah tugas kepada penggantinya Hamzah di Majlis Penyematan dan Serah Terima Tugas Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Perjumpaan antara 19 Datuk Bandar dari Selatan Filipina, bukan bertujuan untuk merancang serangan ke atas Sabah.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDKNKA), Datuk Hazani Ghazali menegaskan, maklumat yang diterima oleh pasukan keselamatan menyatakan, pertemuan berkenaan sekadar untuk memperkukuhkan keselamatan.

Menurut beliau, maklumat diterima menyatakan perjumpaan itu diatur bagi membincangkan pembangunan di wilayah masing-masing.

“Perkara ini sengaja diputar belit oleh pihak tertentu yang berkepentingan serta cemburu dengan keselamatan negeri ini.

“Perjumpaan berkenaan tiada kena mengena dengan cubaan untuk menyerang Sabah dan ia lebih memfokus kepada usaha memperkukuhkan sistem pertahanan mereka dari ancaman jenayah termasuk pengganas,” katanya.

Hazani berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyematan dan Serah Terima Tugas Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Majlis berkenaan disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Hazani di Pejabat Ketua Menteri, hari ini.

Ketika ditemui, Hazani turut menegaskan bahawa pasukan keselamatan negara sentiasa bersiap-siaga bagi mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia.

Dalam pada itu, Komander ESSCOM yang baru dilantik, Deputi Komisioner (DCP) Hamzah Ahmad berkata, beliau akan meneruskan segala perancangan ESSCOM sebelum ini dengan membawa penambahbaikan dan pembaharuan bagi memperkasakan keselamatan di kawasan Pantai Timur Sabah.

Katanya, kerjasama dengan semua agensi terlibat akan diteruskan demi memastikan aspek keselamatan terus terjamin.

“Saya akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin dan akan terus komited dalam memikul amanah ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Hamzah turut menerima penyematan pangkat dan serah terima tugas daripada bekas Komander ESSOM, Datuk Ahmad Fuad Othman. - Getaran, 10 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

3

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad