web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


133 Pekerja Kilang Positif COVID-19, Kluster Dah Meha Muncul Di Kedah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 2:57PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Satu kluster baharu dikenali sebagai Kluster Dah Meha Industri Kulim ‘muncul' di Kedah hari ini setelah 133 pekerja sebuah kilang dan ahli keluarga mereka, disahkan positif COVID-19, semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Othman Warijo berkata, daripada jumlah itu, seramai 97 individu yang positif merupakan pekerja kilang manakala 36 lagi melibatkan kontak keluarga.

Katanya, taburan kes positif bagi kluster tersebut melibatkan empat daerah iaitu di Kulim, Baling, Kuala Muda dan Sik.

“Kluster ini dikesan menerusi saringan kendiri dijalankan pihak pengurusan kilang yang terletak di Mukim Padang Meha, Padang Serai di Kulim.

“Setakat jam 12 tengah hari semalam, seramai 194 individu telah disaring dan 133 daripadanya didapati positif COVID-19,” katanya di sini, hari ini.

Dr Othman Warijo
Dr Othman Warijo

Dr Othman menambah, kesemua individu yang disahkan positif diarahkan menjalani kuarantin di rumah kerana mereka didapati hanya bergejala ringan dan telah lengkap divaksinasi.

Katanya, siasatan awal Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kulim mengesyaki penularan jangkitan itu mungkin berpunca daripada kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di tempat kerja, antaranya di surau.

“Selain itu, penularan itu mungkin juga berpunca daripada aktiviti rekreasi melibatkan kumpulan pekerja seperti kembara motosikal dan futsal.

“Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kluster.

“Keadaan didapati terkawal dan jabatan ini akan terus mengawasi situasi dari dekat,” katanya.

Tambahnya, pihak pengurusan kilang turut diarahkan untuk mengemaskini pelaksanaan SOP di lokasi berisiko tinggi dalam kilang tersebut.

“Selain itu orang ramai diseru untuk terus mengamalkan norma baharu dan mematuhi SOP digariskan kerajaan dalam kehidupan seharian,” katanya. - Getaran 10 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 2 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar